Bismillahirrahim...
Aku terjaga daripada tidur. Astagfirullahala'zim. Aku beristighfar. Apakah semua ni? Perlahan-lahan aku bangkit turun daripada katil dan menuju ke tandas untuk mengambil wuduk. Sejurus daripada itu aku sujud pada Ilahi dengan mengerjakan solat sunat tahajud dan istikharah.
"Ya Allah, andai benar dia untukku Kau dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Namun, andainya Kau takdirkan jodohku bukan dengannya tabahkanlah hati hambamu ini Ya Allah."
Usai sahaja aku mengaminkan doa aku terimbas kembali mimpiku tadi. Berkerut dahiku memikirkannya. Namun, senyuman tiba-tiba terbit dibibirku. Aku berasa agak lucu dengan mimpiku. Aku menggelengkan kepala, mustahil jika mimpi itu terjadi pada dunia realitiku. Sesudah melipat telekung aku terus mencapai diariku yang berwarna coklat.
Diariku buka dengan debaran dihati. Berdebar-debar hatiku untuk menconteng kisah yang berlaku dalam mimpiku. Gembira? Sedih? Perasaanku bercampur baur. Bismillahirrahmanirrahim.
***
Pagi yang hening itu aku bersiap siap untuk berjumpa kawan lamaku. Terujanya ingin jumpa dengannya hanya Tuhan yang tahu. Aku mulakan perjalananku dengan berjalan kaki. Aku sendiri tidak faham kenapa aku berjalan. Dalam perjalanan aku terserempak dengan seseorang. Aku seolah-olah terlihat kelibat jejaka itu. Aku mengendahkannya, mungkin perasaan aku sahaja.
Sedar-sedar sahaja kakiku sudah tiba di satu Kafe yang aku sendiri tidak pernah lihat. Aku tidak pedulikannya. Sambil menanti sahabat lama aku sempat pesan secawan cappucino latte. Minuman kegemaranku.
Aku mengedipkan mata seolah-olah ada sesuatu yang mengganggu. Sebaik sahaja aku membuka mata aku sudah berada di satu kawasan perkhemahan tapi masih lagi dengan pakaian yang sama. Aku terpinga-pinga dengan apa yang berlaku. Aku berjalan dengan terhenjut. Kakiku terseliuh. Apakah yang berlaku? Itulah persoalan yang bermain di fikiranku saat itu.
Ketika aku berjalan menuju ke khemahku, aku terserempak dengan jejaka itu. Benar. Kali ini mataku tidak menipu. Lelaki itu memang ada di depan mataku. Jarak antara kami cuma beberapa meter.
"Farah," tegur lelaki itu. Zarif. Aku tidak membalas tegurannya. Namanya seolah-olah tersekat di kerongkong. Aku tergamam. Betapa aku merindui lelaki ini. Apakah ini suratan atau kebetulan? Hanya Allah yang tahu. Zarif tersenyum padaku. Aku dapat rasakan air menitis atas tanganku. Hujan. Hujan yang menitis keluar dari tubir mataku. Aku begitu merindui senyumannya. Kami duduk di depan khemahku sambil berbual kosong. Seolah-olah kami teman rapat. Aku keliru. Tapi aku gembira.
***
Kemudian aku terfikir, kenapa tiba-tiba aku mimpikan Zarif? Mungkinkah kerana aku terlalu merinduinya? Memang benar aku merinduinya baru-baru ni hinggakan aku berdoa kepada Allah agar dijodohkan dengannya. Aduhai. Sesiapa yang baca buku ni pasti ingatkan aku gila dan tidak waras.
Aku menutup diariku. Mimpi itu cumalah permainan. Kadang-kadang menjadi petanda. Tapi, apakah maksudnya? Adakah dia juga mimpikan aku? Jika benar dia mimpikan aku pasti kerana aku terlalu merindui dirinya.
Aku senyum sendiri. Astagfirullahala'zim.
AppleRed said : cerita ini rekaan semata-mata. tidak berkaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada :)
No comments:
Post a Comment