Saturday 27 July 2013

Let's be Friend till Jannah



Entry kali ni merupakan sambungan 
"Suka Duka Semester 5"

Sedar tak sedar dah masuk bulan Julai, sudah masuk pertengahan Ramadan.
Alhamdulillah, tahun ni merupakan tahun ke-3 aifa berpuasa jauh daripada family.

"Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna"

Benar, Ramadan kali ini penuh makna bagi aifa. Banyak dugaan dan cabaran yang perlu aifa lalui.
Dugaan yang paling bermakna apabila mendapat ujian daripada Nya pada    1 Ramadan.

Aifa pernah juga pertikai kenapa diri ni diuji pada hari pertama Ramadan?
Minggu pertama Ramadan benar-benar menyedarkan aku siapa kawan dan siapa lawan.


Tapi, siapalah aifa untuk menghalang perkara2 macam ni terjadi.


Baru-baru ni, kolej ada buat kemahiran insaniah iaitu program berbuka puasa.

Kami budak2 semester 5 ditugaskan utk basuh ayam. erkkk~

Basuh ayam??

Tak kisah la. Bukannya buat sorang2. Kitorang buat ramai-ramai. Best sangat!
Rasa macam kenduri. Riuhnya group kitorang. Angkut air, tepungkan ayam.
kitorang start lebih kurang pukul 9pagi - tengah hari.

Memang penat. Tapi bila bekerjasama semua jadi mudah. 
:)


Owh, already 6.30 pm. Ready for iftar :D



Tempat : Perkarangan kampus UiTM Kuala Terengganu
Masa : 6.30 pm
"Majlis Berbuka Puasa Peringkat Kolej"






Tempat : Dataran Shahbandar Kuala Terengganu
Masa : 5.45 pm
"Majlis Berbuka Puasa Bersama PA"




"Bersahabatlah demi Allah"

Jangan bersahabat kerana kebaikannya, 
Jika sahabat itu melakukan kesilapan kita terus meninggalkannya.

Jangan bersahabat kerana kecantikannya,
Jika sabahat itu cacat kita mula menjauhkan diri.

Jangan bersahabat kerana kepandaiannya,
Jika sahabat itu tidak mampu menjawab persoalan kita mula membencinya.


Bersahabat demi Allah. Ikhlaskan hati menerima mereka seadanya.
InsyaAllah.











Wassalam.