Friday 11 May 2012

Kalaulah :)

Assalamualaikum…

Urmm…. Hari ni hari apa ek? Hari jumaat kan?
Hari jumaat hari yang sangat istimewa dimana nabi Adam as diciptakan dan diturunkan di syurga serta wafat.
Hari jumaat juga berlakunya kiamat. Siapa sangka mungkin jumaat ni, jumaat depan, jumaat lagi satu?

Bertuahnya kawan saya sorang ni bila 11 Mei jatuh pada hari jumaat.
Selamat menyambut Ulang Tahun ke 19. 
(may Allah bless you always )
Dah tua rupanya awak, saya masih lagi 18. hik3 (may Allah bless you always )
Nah hadiah untuk awak. Chocolate indulgence my favourite cake. Nyum3




Tapi sorry… gambar kek ni saya copy paste je :p

Awak seorang kawan lelaki first yang berani declare nak kawan dengan saya. terharunya........................................ ♥ haha 

iii tapikan iii

Kalaulah… 
awak boleh maafkan saya dan anggap saya sebagai kawan awak balik

Kalaulah… 
saya dapat mendengar atau menerima ucapan ‘selamat hari lahir’ walaupun hanya sekali.

Kalaulah… 
kawan-kawan saya dapat ingat birthday saya sebagaimana saya ingat birthday diorang.

Kalaulah…
mereka boleh wish dekat saya depan-depan. bukan di fb mahupun twitter


Namun...
saya tak kisah semua tu, asalkan saya mampu jadi kawan yang terbaik buat mereka dan awak (kalau boleh). Saya ingat saya boleh ubah sikap saya yang pendiam dan malu tu lepas sambung belajar. Tapi tak boleh la..... :(

sebab saya perempuan melayu terakhir kot..hik3

AppleRed says : jangan tiup lilin hari jadi tau !! ''rujuk blog ni' dan....satu lagi ! saya nak berkawan, bukan nak menggedikk ~

Wednesday 9 May 2012

HaMba ALLAH SWT

Assalamualaikum…

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk meneruskan hidup di dunia ini.

Kita semua pasti tahu bahawa yang hidup pasti akan pergi menghadap Ilahi. Yang pergi tetap pergi. Yang hidup mesti teruskan. Itulah yang berlaku pada kawan rapat efa, Adik Su.
Adik su dikejutkan dengan berita kematian bondanya pada jam 8.20 malam semalam. Saya sendiri terkejut. Saya tak tahu bagaimana keadaannya sekarang. Bolehkah dia hadapi kesedihan ni keseorangan tanpa kawan disisi? Bila saya fikirkan balik. Adik su seorang yang kuat. Ya, kuat sangat.

Benar kata-kata ini sekemas-kemas perancangan manusia hanya Allah yang menentukan. Kita yang hidup tak selamanya sihat. Jadi sentiasalah beribadat kepadaNya. Sesungguhnya hanya iman dan taqwa yang menjadi bekal kita di sana.


_____________________________________________________________________________


penggunaan ayat yg skema :)



AppleRed says : pertengahan bulan Mac lalu kawan saya kehilangan bapanya kerana serangan jantung. Ya Allah, kau lindungilah kami sekeluarga. Aamiin.

Tuesday 8 May 2012

laGu SediH



VIP VIP babeh
Selalunya haruku tak sebegitu biru
Selangkah pun tak lah terasa begitu jauh
Ku di sini tapi fikiran entah ke mana

Jiwa yang terganggu buat aku tersedar

semua kerna kau dah hilang dari pandanganku

(KORUS)
DJ putarkanlah lagu cinta
Dedikasi kepadanya
Kerana kan aku merindu dia yang menjauh
Putarkanlah lagu cinta untuk ku melayan jiwa
Andai dia tidak kembali
Minta tujukanku lagu sedih
Tujukanku… lagu sedih


Apa mungkin dia sedang mendengar di sana
Dibelenggu kesepian atau sudah lupa
Walau aku cuba berganjak meneruskan hari
Tapi hati masih berpaut semalam lagi

semua kerna kau dah hilang dari pangkuanku

ku bukakan sterio, internet dan radio
Tapi lagu yang ke udara hanya menyucuk-nyucuk jiwa
kernaku kehilanganmu
Kehilanganmu
Jadi jikalau kau mendengar
Rasakan Gelombang terpancar




AppleRed says : suka sangat dengan lirik lagu ni.  

Puteri Bulu Hidung Mengurai part 2/2

sebenarnya cerpen ni merupakan ilham daripada kawan saya. first dengar tajuk ni lucu jugak. 
bila awak beritahu saya yang awak tipu saya je yang awak buat cerita ni. terus saya terfikir, tak salahkan kalau saya karangkan cerita based on your title right?
Jangan Marah Saya






Berkerut-kerut dahi Henry memandang hutan di hadapannya. Hutan tebal yang pernah dia dan Yaya bermain dulu. Terdetik di hati Henry adakah Yaya cuba permainkannya? Tapi tak mungkinlah Yaya nak main-main sedangkan dia sendiri sedang berusaha mencari jalan penyelesaian.
            “Ery ! Kau mesti pelik kan kenapa aku bawa kau kat sini?” Yaya menarik nafas sedalam-dalamnya lalu menyambung, “kau ingat tak yang aku cakap yang aku cari kau kat sini? Sebenarnya kat sinilah aku terkena sumpahan Ratu Serangga tu. Bertahun aku hidup dalam ketakutan. Aku nak jumpa kau. Tapi… tapi kau pulak gelakkan aku.” Terkejut Henry melihat Yaya yang tiba-tiba menangis. Henry cuba menenangkan Yaya walaupun dalam hatinya begitu bersalah terhadap gadis itu.
            “Putera Henry dan Yaya. Sepasang kekasih yang sudah lama terpisah akhirnya bertemu kembali. Wow, interesting !” Suara yang muncul di belakang mengejut mereka supaya kembali ke alam nyata.
            “Ryan ?” soal mereka berdua serentak.
            “Apa kau buat kat sini? Macam mana kau tahu tempat?” soal Henry dengan dahi yang berkerut.
            “Kau lupa ya Henry? Kau dan Yaya pernah bawa aku kat tempat ni.”

Terdapat seorang kanak-kanak yang sedang tunduk memeluk lutut menarik perhatian Yaya dan Henry. Yaya menanti Henry memulakan perbicaraan namun Henry menolak Yaya supaya menegur budak lelaki tersebut. Kemudian terjadilah adegan tolak menolak antara Yaya dan Henry. “Kamu berdua ni kenapa?” teguran budak lelaki itu membuatkan perbuatan Henry dan Yaya terhenti.
            “Erk… ka..kam.. kami nak berkenalan dengan awak. K..kenapa awak nam..pak sedih?” tegur Yaya dengan perasaan takut. “Saya Ryan. Saya tak ada kawan. Semua orang tak nak kawan dengan saya. Saya sedih.” Melihat kolam air mata Ryan hampir pecah cepat-cepat Henry menyambung.
            “ Siapa cakap awak tak ada kawan? Saya Henry dan Yaya akan menjadi sahabat awak sampai bila-bila,” ujar Henry seraya menepuk dadanya. Selepas berjanji setia. Henry dan Yaya membawa Ryan ke pengkalan rahsia mereka berdua. Tempat dimana mereka berdua menghabiskan masa bersama.
            Sedar tidak sedar sudah hampir setahun mereka bertiga berkawan. Namun kemesraan Henry dan Yaya menimbulkan rasa iri dalam hati Ryan. Pelbagai cara yang digunakan oleh Ryan untuk memisahkan dua sahabat tapi nasib tidak meyebelahinya apabila Ryan terpaksa mengikut ibu bapanya berpindah.
“Kamu mesti gembira kan bila aku pergi? Nanti kau boleh dekat-dekat dengan Yaya. Kau dengar sini Henry aku akan dapatkan Yaya walaubagaimana cara sekalipun. Ingat tu !” bisik Ryan. Henry pula terkedu mendengar kata-kata sahabatnya itu. Walaupun masing-masing masih berumur 10 tahun namun kelihatan matang dalam perbicaraan dan pergaulan.

Terlopong Yaya melihat sahabat lamanya itu. Ingin dipeluk-peluk Ryan. Namun melihat jelingan Henry mematikan hasratnya. ‘Apa kenalah budak ni nak main jeling-jeling pulak, sakit mata ke bang?’
            “Kenapa awak balik sini Ryan?” tanya Henry bersahaja. “Aku dengar Yaya terkena sumpahan jadi aku balik sini cuma nak pastikan berita tu. Aku jumpa budak-budak sekolah, mereka cakap Yaya dah jadi raksasa.” Yaya mencebik. Senyuman terukir di bibir Ryan bila melihat gadis pujaannya. Ah, betapa rindunya dia pada seraut wajah comel itu.
            Henry naik geram apabila mata Ryan tidak lepas daripada memandang Yaya. Dengan geram Henry menarik tangan Yaya supaya berlalu. Yaya hanya menurut. “Izinkan aku untuk bantu kau,Yaya.” Ryan yang sedari tadi diam tiba-tiba bersuara. “Tak payah! Nanti menyusahkan saja.”
            “Henry ! kenapa berkasar dengan Ryan? Dia pun kawan Yaya tau. Ryan, kalau awak nak tolong boleh tapi saya tak nak menyusahkan awak,” Yaya tertunduk sambil mengerang perlahan. Terkejut Ryan saat Yaya mengangkat kepalanya. “Yaya, pertama kali saya tengok awak macam ni. Tak, awak tak akan pernah menyusahkan saya. Percayalah.”
            Mereka berjalan menyusuri anak sungai. Sepanjang perjalanan Ryan terpaksa menahan panas melihat kemesraan Henry dan Yaya. Memang dari dulu dia cuba memisahkan hubungan mereka berdua.
            Suasana hutan semakin gelap. Yaya pula sudah bertukar dari tadi. Cadangan Ryan supaya berhenti bermalam diterima Henry. Masing-masing berdiam diri. Tiada apa yang hendak dibualkan. Usai sahaja menyalakan api, Henry melabuhkan punggungnya di sebelah Ryan. “Aku tahu kau datang sini bukan pasal berita Yaya kan?” Ryan tergelak kecil.
            “Kenapa kau cakap macam tu? Aku tahu kau sukakan Yaya.” Kata-kata Ryan buat Henry menggelabah. “Ma..mana ada. Aku tak suka dialah. Memalukan je.”
            “Habis tu, kau selalu ada disamping dia. Tak pernah berpisah pun. Sampai aku nak bercakap dengan Yaya pun susah.”
            “Ah ! tak mungkin aku sukakan orang yang macam bini shrek tu. Merepek la kau!” sebaik sahaja Henry berpaling mahu berlalu dia dikejutkan dengan kemunculan Yaya. Bulu hidungnya berterbangan seperti ditiup taufan.
            “Jadi, selama ni Ery anggap Yaya macam bini shrek ya? Memang. Memang Yaya hodoh sangat sampai Ery pun malu nak mengaku kan? Sudahla Ery, lebih baik kau balik. Selama ni kau pura-pura baik dengan aku kan?” belum sempat Henry mengutarakan alasan Yaya sudah berlalu pergi. ‘Akhirnya jerat mengena. Heh.’ Bisik hati Ryan.

Ryan mengekori Yaya dibelakang. Hari sudah menginjak subuh. Terpaku Ryan melihat Yaya yang sudah berubah ke wajah asalnya. Asyik Ryan memerhatikan Yaya dia dikejutkan dengan jeritan Yaya. “Yaya ! kenapa ni?” laju sahaja Henry mendapatkan Yaya. “Kau buat apa kat sini. aku suruh kau balik kan? Aku tak nak tengok muka kau lagi. Pergi !!” Henry menunduk. Dia menyesal atas ketelanjuran katanya semalam.
            “Jadi, Yaya memang nak Henry tinggalkan Yaya dengan ‘makhluk perosak’ ni? Okay, Henry pergi dan takkan ganggu Yaya lagi. Tak akan !” kali ini Henry betul-betul sebal. Panas hati kerana dia tahu Ryan sengaja perangkapnya supaya Yaya membencinya. Setelah Henry berlalu pergi Yaya melepaskan tangis semahu-mahunya. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu Henry pergi namun mindanya menolak.
            “Sudahlah Yaya, buat apa menangis sebab lelaki tak guna tu. Awak kan masih ada saya,” ujar Ryan sambil tersenyum kemenangan. Yaya tersenyum kelat. Baru sahaja hendak menyambung perjalanan, Yaya seolah-olah terlihat sesuatu. Ya. Dia tidak silap. Itulah Ratu Lara.
            “ Wahai Ratu Lara. Masih ingat lagi seseorang yang telah kamu sumpah supaya bulu hidungnya mengurai apabila menginjak senja?” soalan Ryan membuatkan dahi Ratu Lara berkerut namun cepat-cepat Ryan menindakkan dengan tangan. Mujur sahaja Yaya tidak melihat perlakuannya. Ratu Lara mengangguk perlahan. “Kenapa kamu datang ke mari? Aku sudah larang kamu datang ke sini bukan?” soal Ratu Lara tegas.
            “Saya tidak akan pergi selagi Ratu tidak tarik sumpahan ni! Alasan Ratu sewaktu beri sumpahan ni nyata tidak logik. Seperti rencana seseorang.”
            “Apa maksud kamu wahai gadis sumpahan?” Ratu Lara sudah tidak keruan. Begitu juga Ryan. Ryan ingin mencelah namun Yaya terlebih dahulu menjawab.
            “Ratu sumpah saya sebab saya mengganggu anak buah Ratu sedangkan saya sedikit pun tidak menyentuh mahupun mengganggu. Alasan yang tidak bernas wahai Ratu Lara. Cepat tarik sumpahan ni sebelum saya bunuh anak buah Ratu,” gertak Yaya. Namun dia sendiri tidak berani memegang pisau inikan pula membunuh. Jauh panggang dari api. Ratu Lara mengeluh. “Saya tak boleh tarik balik sumpahan tu. Melainkan…” “Melainkan apa?” Ryan tiba-tiba menyampuk.
            “Melainkan kamu mencari orang mencintai kamu dengan ikhlas dan kamu juga mencintai orang itu.” Yaya tersentak. Mana mungkin ada lelaki yang mampu mencintai dirinya yang tidak sempurna. Sudahlah hodoh ditambah pula dengan sumpahan yang dikenakan maka lebih hodoh. Yaya menggeleng kepala. Dia sudah berputus asa. Mungkin inilah takdir yang ditentukan. Ditakdirkan supaya hodoh selama-lamanya dan ditinggalkan oleh sabahat karib, Henry. Tiba-tiba rasa bersalah menerpa sanubarinya.
Ryan dan Ratu Lara menjauhi tempat dimana Yaya termenung. “Bonda. Boleh ke buat macam ni? Ryan takut cinta Ryan tak berbalas,”soal Ryan dengan suara yang ditahan takut didengari Yaya. Ratu Lara tersenyum lalu membalas. “Ryan, kalau cinta kamu tak berbalas maknanya dia bukan untuk kamu sayang. Tak semestinya cinta kita akan terbalas. Mungkin dia cintakan orang lain lebih daripada kamu cintakan dia.”
            “Tapi, bonda sendiri cakap nak tolong Ryan kan? Bonda dah mungkir janji. Bonda pun tak sayang Ryan kan?”
            “Bukan macam tu. Bonda cuma tak nak Ryan terlalu berharap. Bonda…” belum sempat Ratu Lara menghabiskan kata-kata Ryan sudah berlalu pergi ke arah Yaya.
           
            “Erk..Ryan. Apa yang awak bualkan dengan Ratu Lara tadi? Serius je tengok.”
            “Tak ada apa-apa. Saya sakit hati bila dengar awak tak dapat hapuskan sumpahan jadi saya pergi la marah bon… eh Ratu Lara.” Hampir saja dia tersasul.
            “Boleh. Saya boleh hapuskan sumpahan ni. Tapi jika seseorang mampu mencintai dan terima saya seadanya.” Ryan menyeka perlahan air mata Yaya. “Awak masih ada saya. Yaya, saya cintakan awak. Dari dulu hingga sekarang saya tetap cintakan awak. Percayalah,” ujar Ryan sambil tersenyum.
            “Terima kasih Ryan. Saya pun sayangkan awak…” Ryan telah mengoyakkan senyum gembira tapi sekejap apabila Yaya menyambung, “tapi saya tak cintakan awak. Serius. Yaya tak rasa yang Yaya cintakan Ryan. Maafkan Yaya.”
            “Tapi kenapa? Awak perlu jatuh hati pada saya untuk hapuskan sumpahan ni. Saya akan bantu awak.”
            “Tak mungkin. Saya tak mungkin sukakan awak, Ryan. Dalam hati saya sudah ada seseorang. Cuma saya tidak tahu siapa dia. Maafkan saya.” Tersentak Yaya bila melihat Ryan yang sudah memegang buluh runcing. Kenapa dia pegang buluh tu? Mana dia dapat? Pelbagai persoalan yang bermain di benaknya.
            “Saya takkan benarkan orang lain dapatkan awak. Jika saya tak dapat awak orang lain pun tak akan dapatkan awak kerana… kita akan mati bersama.” Belum sempat buluh itu terkena Yaya merasakan tubuhnya tertolak ketepi dan jatuh tercium tanah. Yaya terkedu. “E..ry?” pantas Yaya memeluk Henry. Rindu dan bersalah menerpa hati.
            “Fulamak! Romeo datang la pulak. Nampaknya tak lama lagi cita-cita kau nak mati dengan Juliet aku aka terlaksana. Aku akan laksanakan cita-cita kau tu.” belum sempat Ryan menyerang, Henry menghalang. “Tunggu!” Henry menarik nafas lalu menyambung, “Yaya perlu tahu pasal kau. Yaya, si Ryan ni bukanlah orang yang baik selama ni.”
            “Apa maksud Ery?” Yaya bingung. “Ryan merupakan anak kepada Ratu Lara. Dia yang menyuruh Ratu Lara sumpah Yaya jadi macam ni. Dia cuba ambil kesempatan atas keadaan Yaya semata-mata inginkan cinta Yaya. Lelaki macam ni memang pengecut. Sanggup guna cara kotor!” hambur Henry. “Bu..bukan macam tu Yaya. Ak..aku” Ryan memegang erat lengan Yaya.
            “Lepaskan aku pengecut! Kau dan aku bukan lagi kawan. Kau yang minta macam ni. Pergilah. Pergi pada bonda kau, Ratu Lara.” Hati Ryan hancur. Luluh. Saat ini dia tahu hati seseorang tidak boleh dipaksa. Dia malu dengan Yaya, Henry dan juga bondanya. “Mungkin ini terakhir kali kita berjumpa. Aku juga disumpah. Disumpah oleh musuh bondaku sendiri. Aku disumpah supaya menyatukan tiga pasangan jika tidak aku akan mati. Tapi satu pasangan lagi tidak disatukan. Masa aku cuma tinggal beberapa minit saja. Aku minta maaf aku pergi dulu,” terang Ryan dengan panjang lebar lalu berpaling menuju ke arah Ratu Lara.
            Yaya menunduk. Air matanya bergenang. Dia tidak sanggup melihat sahabatnya pergi. “Yaya,” panggilan Henry itu dibiarkan berlalu. “Aku sukakan kau Yaya. Maafkan aku,” serentak dengan itu angin bertiup deras hingga bergoyang pokok di hutan itu. Perlahan-lahan angin mula reda. Yaya berpaling. “Ery… sumpahan tu. Sumpahan itu dah hilang. Sumpahan itu sudah tamat. Terima kasih Ery.”pantas diterpa ke arah Henry yang masih terpinga-pinga. “Maksudnya, Yaya…” “Ya. Rupanya orang yang Yaya cintakan selama ini adalah Ery. Yaya cintakan Ery.” Henry memeluk Yaya erat. Dia tidak mahu lepaskan gadis itu pada orang lain. Tak akan. Mereka tersentak apabila terdengar jeritan Ratu Lara. Melihat tubuh Ryan yang terkulai di sisi Ratu Lara membuatkan mereka bertindak untuk menghampiri Ryan. “Ryan. Maafkan aku jika selama ni aku bukan kawan yang baik. Maafkan aku.” Henry menangis sambil memangku kepala Ryan. Deheman Ryan mengejutkan semua orang. “Aku belum mati lagi lah. Mungkin kamu dan Yaya pasangan terakhir aku satukan. Tak sangka,” gelengan kepala Ryan membuat mereka semua tersenyum. “Apalah kau ni. Apa-apa pun kita tetap kawan kan?” Anggukan daripada Ryan memberi kelegaan kepada semua. Rriuh hutan itu dengan gelak tawa mereka. Hingga harimau boleh tertanggal belang mendengar keriuhan mereka. 

tamat.