Saturday 20 April 2013

Misi-Epal Cinta





Kaki dihayun dengan pantas. Sesekali dilihat jam di tangannya yang menginjak jam 7 petang. Gara-gara menyiapkan lakaran epal dia sudah terlambat tiba di rumahnya. Terkejut bukan kepalang bila terpandang wajah ‘singa’ mak longnya.
            “Nureen ! Mana kamu pergi? Aku suruh kau balik sebelum pukul 5 kan? Kau memang degil. Minggu depan aku nak kau sambung belajar dekat kolej. Tak ada maknanya nak sambung tingkatan enam. Semakin lama kau ada dekat sini makin susah hidup aku.” Nureen mencebik bila Mak Som membelakanginya. “Ada aku kisah?” balas Nureen perlahan lalu menarik kakinya masuk kedalam bilik. Haish,siapalah gerangan Mr Apple yang bakal menghiasi hati ni. Nureen tersenyum sendiri. ‘Siapa dia?’

“Mak long…” Nureen merengek. “Dah, jangan nak mengada-ngada. Kat sana nanti kau duduk dengan daddy kamu tu. Biar dia rasa pula jaga anak dia yang degil, manja dan entah apa-apa ni,” bebel Mak Som dalam diam berasa sedih bila terpaksa berpisah dengan anak saudaranya. Walaupun Nureen seorang yang degil dan manja dialah satu-satunya anak saudara yang paling dia sayang.
            “Nureen sayang. Jom kita bertolak sekarang. Nanti lewat pula kamu daftar.” Tuan Murad cuba memujuk anaknya. “Nanti bila dah cuti semester Reen pergilah jenguk mak long ya?” melihat Nureen yang senyap Tuan Murad mengusap kepala anaknya. Betapa rindunya dia kepada Nureen.

Teragak-agak Nureen melangkah kakinya di kolej barunya. Dia berasa seolah-olah semua perhatikannya. Apa yang tak kena? Baju aku koyak ke? Nureen membelek badannya. Tak ada pun. Tanpa menghiraukan orang sekeliling dengan laju Nureen berjalan mencari kelas dan tiba-tiba Nureen berasa badannya tertolak lantas kepalanya terhantuk pada besi tangga. “Argh.. Daddy, sakit.”  Aduh Nureen.
            “Huh, cengeng. Terhantuk sikit dah nak menangis,” terlopong Nureen melihat hamba Allah dihadapannya. ‘ Wah, indahnya ciptaan Allah SWT ’ hilang sudah sakitnya. “ I love you,” tidak semena-mena Nureen mengungkap 3 kata tersebut. Adam memandang jelek. “Eh, kau ni buang tebiat ke apa?” Adam terus berlalu pergi. ‘Sewel.’
            “Hai, you student baru dekat sini ke? Sebab I macam tak pernah nampak,” Nureen mendongak. Gadis itu membantu Nureen berdiri. “ Ha’ah. Saya baru je daftar hari ni. I’m Nureen just call me Reen, you?” “ Hanim,” selepas bertukar-tukar senyuman Nureen teringat akan sesuatu.
            “Hanim, awak kenal tak jejaka yang langgar saya tadi?”
            “Oh, maksud Reen anak pengerusi tu? Itulah Tengku Adam Haikal bin Tengku Arsyad. Orang yang pendiam tapi nakal. Ramai dah yang cuba dekat dengan dia tapi dia boleh buat bodoh. Kitorang dah bengang dengan dia. Tapi disebabkan dia best student kenalah buat baik kan.” Nureen mula tersenyum sendiri. “Maksudnya, dia belum berpunyalah? Yess!”
            “Belum, eh? Tapi dengar khabar dia dah ditunangkan sejak kecil !” Nureen mengendahkan kata-kata Hanim. Demi cintanya pada Tengku Adam dia harus lakukan sesuatu. Chaiyok !

Sejak semalam mimpinya terganggu dengan bayangan Tengku Adam. “ Ini tidak boleh dibiarkan. Berusahalah Nureen ! Berusaha!”  jerit Nureen hingga menarik perhatian penghuni kolej. “Ops,” Nureen tersengih-sengih.
            Laju saja kaki Nureen menyaingi langkah Tengku Adam. “Awak, tunggu la. Saya ada benda nak bagi dekat awak.” “Kau nak apa ? Tak puas kena hantuk kat pagar besi tu?” soalan Tengku Adam dijawab Nureen dengan senyuman.
            “Nah. Aishiteru.” Nureen meletakkan epal di atas tangan Tengku Adam. Nureen membuat bentuk hati dengan meletakkan tangan di atas kepala lantas berlari pergi. Terkebil-kebil Tengku Adam melihat epal di tangannya. “Huh! Macam ni ke perempuan sekarang?” Tengku Adam menyoal dirinya sendiri lantas menggigit epal ‘cinta’ Nureen.

Hati Nureen berbunga bila melihat epal pemberiannya digigit Tengku Adam. Nureen sekali lagi mencuba nasibnya. Kali ini diletakkan pula di atas kek cawan. Tuan Murad hanya menggelengkan kepala melihat anaknya yang angau. “Nureen, kamu ni sihat ke tidak?” pertanyaan Tuan Murad berlalu disapa angin. Melihatkan Nureen yang tidak menjawab soalannya terus Tuan Murad mencuit badan anaknya.
            “I love you, epal !” latah Nureen menimbulkan tawa Tuan Murad.
            “Jadi inilah sebab anak manja daddy ni asyik berangan ye? Beritahu daddy siapa,”
            “Alah daddy ni. Seganla Reeen.” Tuan Murad tersenyum.
            “Tapi Reen kena ingat. Jangan sampai betul-betul jatuh cinta dengan ‘epal’ Reen tu. Reen kan sudah ada yang menanti,” Tuan Murad sempat mengusap kepala anaknya sebelum berlalu. Nureen terkedu bila teringat akan mamat poyo yang menanti. Eeww.

            Tidak sabar Nureen ingin menamatkan kelasnya. Dia perlu berjumpa dengan Tengku Adam. Belum sempat dia berlari tangannya ditarik oleh seseorang. “Hei, ni akulah Adam. Hari ni aku nak kau berlakon jadi makwe aku. Tolong aku kali ni,” berkerut dahi Nureen mendengar permintaan Tengku Adam. Namun hatinya tetap berkata ‘anything for you my dear.’
            “Sayang, you cakap nak bagi I hadiah. Sayang nak bagi apa?” terlopong Nureen. Tapi bila menyedari mata Adam yang mampu mencucuk itu dimaniskan muka. “Baby ni, tak sabar betul la. Anyway siapa perempuan ni? Scandal you ek?” Nureen membuat muka cemberut.
            “A..Adam ! Siapa perempuan ni? Sejak bila you menggatal dengan perempuan hah?” Nadia mula mengasak dengan soalan. “Baby, sampai hati baby tak kenalkan sayang. Hai awak saya Nur, tunang Tengku Adam.” Salam Nureen tidak bersambut malah ditepis oleh Nadia yang sudah berlalu pergi.
            “Baby… Tengok perempuan tu,”
            “Hey, sudahlah nak berlakon. Aku nak kau beritahu aku dari mana kau tahu tunang aku nama Nur?”
            “Tun..tunang. Jadi betullah awak dah bertunang ye? Saya tak tahu. Nur tu memang nama saya. Nama saya Nureen Cazlyn. Ada yang panggil Reen, dan ada juga yang panggil Nur. Saya tak kisah. Semua tu nama saya.” Jelas Nureen panjang lebar. Belum sempat Tengku Adam berlalu Nureen menghadiahkan epal yang diletakkan ditengah-tengah anak patung beruang. Comel. “Sarang hae ul” jerit Nureen lantas berlalu pergi. Tengku Adam tersenyum. ‘Arghh, jangan sesekali kau cuba jatuh hati.’ Jerit hatinya.

Gedebuk ! “Sorry. Saya tak sengaja.” Kelam-kabut Nureen membetulkan bajunya yang renyuk. “Tak apa, saya yang salah. Jalan tak tengok depan. Oh ya, saya Cazlan. Awak pelajar baru dekat sini kan?” Nureen mengangguk sambil tersenyum manis. “Yes. Saya Nureen. Got to go. Someone was waiting for me. Bye,” langkah Nureen terpaku dan seraya berpaling.
“Macam pernah tengok la awak ni,” Cazlan cuba menahan tawa. “Mana boleh tak pernah nampak adik oi !” jerit Cazlan lalu menarik lembut pipi Nureen.
“Abang! Bila abang balik kl? Sampai hati kenakan adik macam ni.” Nureen memeluk erat abangnya. “Okaylah abang. Nanti Reen balik kita borak lagi eh. Reen banyak kerja ni. Jangan tanya kerja apa. Bye bye,” Cazlan hanya menggeleng melihat Nureen yang berlari-lari mendapatkan Tengku Adam.
            “Hai awak ! Cuba teka hadiah apa.” Nureen cuba berteka-teki. “Epal la tu,” gumam Tengku Adam. “Yay ! Pandai awak teka.” Kali ni Nureen meletakkan epal di dalam jambangan bunga.
            “Kalau dah hari-hari epal tak payah teka pun dah tahu. Kau ni dah tak ada kerja lain ke? For your information, I just love my fiance. My fiance only! So, stay away from me. Jangan cuba muncul depan aku lagi. Faham?” Nureen terkedu melihat Tengku Adam. Tiba-tiba je terasa sebak. Tapi dia takkan berputus asa. ‘Tunang sendiri pun tak pernah jumpa. Aku pun ada la cuma mamat tu dah tak pedulikan aku.’

Seperti biasa Tengku Adam menerima epal daripada Nureen cuma yang berbeza epal itu diwakilkan menerusi Cazlan. Apabila terserempak dengan Nureen dengan pantas Nureen mengelak. Tengku Adam tersenyum sinis. “Akhirnya kau faham jugak wahai Miss Epal.” Cazlan yang berada disebelah Tengku Adam berpura-pura tidak dengar.
            “Erk. Kau dah jumpa belum adik aku merangkap tunang kau?” Tengku Adam terkejut. “Nur dah balik ke? Aduh, mana aku nak lari.”
            “Hari tu bukan main kau cakap cintakan tunang la. Ni nak lari pulak. Apa kes ni?”
            “Takkan tak tahu. Aku dengan dia mana pernah sebulu. Sorry Caz tapi aku tetap nak cakap yang adik kau tu perasan bagus dah la comot. Bla bla..” Cazlan tersenyum lantas menggeleng kepala. ‘sama-sama keras kepala.’

            Misi epal Nureen hari ni dicucuk epal dengan lidi. Dibuatnya ala-ala sate. “I love you Tengku Adam !!” jerit Nureen. “Awak, saya tak tahan la nak lari daripada awak. Sakit hati ni. Terimalah cinta daripada Reen.” Dengan gembira Nureen mengeluarkan sate epalnya. Dari jauh terdapat sepasang mata yang penuh dengan api cemburu melihat kemesraan Tengku Adam dengan Nureen Cazlin.
            “Hello ! Aku ingat kau dah faham bahasa. Aku tak nak kau muncul depan aku lagi si Hodoh !” ujar Tengku Adam satu persatu. Kali ni Nureen betul-betul sebak. Dia bencikan perkataan tu. Mengingatkan dia pada tunangnya. “Am…” ujar Nureen perlahan namun tetap dapat didengari oleh Tengku Adam. Sempat Tengku Adam memaut tangan Nureen daripada berlalu.
            “Nama apa kau sebut tadi?”
            “Lepaskan saya! Am bodoh, jahat!” hambur Nureen sebelum berlari pergi bersama air mata.
            “Am? Arghh!” kusut Tengku Adam memikirkan Nureen. Bermacam-macam persoalan di benaknya.

Tengku Adam tak nak tengok mukanya yang hodoh. Dia malu. Hari ni Nureen terpaksa pulang sendiri. Keretanya rosak Tuan Murad pula outstation ada abang asyik melekat dengan Tengku Adam. Entah mengapa hatinya berat untuk membenci Tengku Adam. Sedang Nureen berjalan tiba-tiba sebuah kereta sedang meluncur laju ke arahnya tapi mujur sahaja dia sempat mengelak. “Tak nampak ke orang tengah jalan? Kereta pun sama je bodoh.” Nureen cuba bangun namun gagal. Dia cuba bangun dengan berpaut pada batang pokok. Sakit di kaki ditahan cuma. Dia perlu segera pulang kerumah. Risau akan bebelan Cazlan yang melebihi Mak Longnya.
            “Reen !” pintu bilik Nureen diketuk bertalu-talu. ‘Budak ni hidup lagi ke?’ Tanpa jawapan daripada Nureen Cazlan terus memasuki bilik Nureen. Geram melihat Nureen yang masih terbungkam atas katil dengan tubuh diselimut penuh. “Nureen, bangun cepat. Baru kena kutuk dengan Adam sikit dah nak merajuk. Cepat cepat !” dengan pantas Cazlan menarik selimut Nureen. Terkejut bukan kepalang melihat Nureen yang pucat. Peluh mula menghiasi dahi Cazlan. Tidak tahu buat apa.
            “Ab..bang Caz? Tolong Reen. Tolong bagikan epal yang dalam peti kat Adam. Nureen tak larat,” ujar Nureen menimbulkan garisan halus di dahi Cazlan. “Hish budak ni. Macam-macam betul tak padan dengan sakit. Nanti makan ubat tau? Abang nak pergi kolej dulu.” Cazlan tersengih.


Mata Tengku Adam meliar seolah-olah mencari sesuatu. Pelik bila matanya tidak berjaya menangkap bayangan Nureen. Epal pun diterima daripada Cazlan. Selalunya ada saja menyorok berdekatan  dengan Cazlan. Tiba-tiba hatinya mula gelisah memikirkan hubungan Nureen dan Cazlan. Bagaimana Nureen bagi dekat Cazlan? Tengku Adam menggelengkan kepala. Buat apa dia sibukkan diri tentang hal mereka? Tengku Adam mengeluh.
            Berkerut dahi Cazlan melihat perangai Tengku Adam dan Nureen. Adakah mereka belum kenal? Cazlan menghela nafas berat. Dia perlu lakukan sesuatu. Cazlan tersenyum melihat Tengku Adam menuju ke arahnya. Idea sudah datang !
            “Weh, apasal tiba-tiba kau ajak aku pergi rumah kau? Tak sedap hati la.” Cazlan mengjungkit kening. Seolah-olah tidak faham.
            “Ehem, bukan apa. Aku takut Nur serang aku je. Bukan ke kau cakap dia ada kat sini sekarang?”
            “Oh,pasal tu je ke? Tak ada apalah. Kau tolong panggilkan Nureen eh Nur dekat atas. Dah tengah hari ni takkan tak nak bangun lagi,” suruh Cazlan sambil menggeleng kepala. Mata Tengku Adam membulat. “Ada ke patut suruh aku. Dah la tengah hari buta tak bangun lagi. Anak dara apa la budak ni,” Tengku Adam merungut dengan langkah kakinya yang malas. Tercari-cari Tengku Adam bilik Nureen. Matanya tertangkap pada papan tanda depan bilik yang berwarna merah jambu. Tengku Adam yakin itu pasti bilik Nur lalu diketuk bertalu-talu. Sengaja ingin mengundang kemarahan gadis itu.
            “Ish… Apa abang Caz ni main ketuk-ketuk pulak. Orang tak larat la, masuk aje,” balas Nureen dengan suara yang lemah. Tengku Adam mengekek depan pintu. Amboi, tunggu la kau. Perlahan-lahan Tengku Adam memulas tombol pintu. Dilihat seseorang sedang membungkus dalam selimut. Tak panas ke? Dah la air-cond tak bukak. Tengku Adam membebel dalam hati.
            Dengan kasar Tengku Adam menarik selimut yang membaluti tubuh Nureen lalu menjerit di tepi telinga Nureen. “Bangun la mak cik !!!” Nureen terkejut lalu bingkas bangun apabila terdengar suara yang kuat di tepi telinganya.
 “Abang ni janga…” belum sempat Nureen menghabiskan ayat masing-masing terlopong.
 “ Awak ??” soal mereka serentak. Baru sahaja Tengku Adam ingin berkata tapi tersentak apabila melihat Nureen yang jatuh di tepi katil. Seraya dengan itu Tengku Adam terus mendapatkan Nureen lalu diletakkan di atas katil. “Panasnya,” Tengku Adam menggumam apabila tangannya merasa haba daripada badan Nureen. Nak buat apa ni? Tengku Adam mula hilang arah.
Cazlan memandang aneh melihat Tengku Adam yang kalut mengisi air dalam besen bersama tuala kecil ditangan. Ingin ditanya tapi dibiarkan. Dalam diam Cazlan tersenyum melihat kekalutan Tengku Adam. Kata benci tapi sayang.

Gelas ditangan dicampakkan ke lantai. Kelihatan seorang wanita sedang menahan amarah. Misi dia gagal. Nureen berjaya elakkan diri daripada keretanya. “Bodoh!” Berkali-kali dia menyumpah. Dia perlu rancangkan sesuatu. Tidak mungkin ingin dilepaskan Nureen begitu saja.  Adanya duit yang ditinggalkan oleh Dato Halim dia boleh buat apa saja. Betul, dia cuma perlu upah orang saja. Tiada apa yang susah pun kalau hendak berbuat jahat. Dia tersenyum sendiri lantas ketawa yang penuh muslihat.


Sudah lama rasanya Nureen tidak berjumpa dengan Tengku Adam. Tiba-tiba Nureen terfikir sejenak. Betulkah Adam berada dibiliknya sewaktu dia demam hari tu? Bila ditanya abang Cazlan hanya mengangkat bahu. Sudah lah, tak penting pun yang penting misi epalku. Yeah!
            Nureen berlari-lari anak ingin mendapatkan Tengku Adam tapi terhenti bila terlihat Nadia sedang berbual mesra dengan Tengku Adam. Siap bertepuk tampar bagai. Nureen terasa tercabar. Gunung berapi mula meletus dalam dirinya segera dia mendapatkan meraka berdua.
            “Eh, kau buat apa dekat sini dengan Adam? Jangan nak gatal sangat boleh tak, kau kan tahu aku dengan Adam bercinta?” Berani sungguh Nureen memberi kenyataan. Namun kenyataan itu disambut dengan senyuman sinis daripada Tengku Adam.
“Wahai cik Nureen Cazlin bt Murad, dengar sini baik-baik. Siapa cakap yang kita berdua bercinta? Aku tak pernah pun akui perkara tu. Satu lagi, jangan pernah muncul depan aku lagi. Aku tak suka, faham!”
            “Nanti!” Nureen memberikan epal hijau yang dibalut dengan pembalut plastik yang lutsinar kepada Tengku Adam lantas berlalu meninggalkan mereka berdua. Nureen sempat menangkap senyuman kemenangan yang terukir di bibir Nadia. Tanpa sedar ada mata yang memandang.


            I’m sorry. I want to see you this evening at art’s studio, 6pm. I’ll be waiting for you.
Tengku Adam…

Surat yang terselit dalam begnya di baca buat kali keempat. Dia tidak percaya Tengku Adam sempat menyelitkan nota dalam begnya. Hatinya berbunga lagi. Peluang jangan disia-sia. Kata-kata Mak Longnya dipegang. “Abang Caz, Reen nak keluar kejap jumpa Adam. Bye!”
            Cazlan hanya mengangguk memandangkan makanan memenuhi mulutnya. Kemudian, dia teringatkan sesuatu dengan pantas dia mendapatkan telefonnya dan mendail nombor Tengku Adam.
            “Weh Adam, apa kau buat dengan adik aku pagi tadi hah?”
            “Aku buat apa? Call je terus marah aku ni kenapa?”
            “Aku nak tahu kenapa kau buat adik aku a.k.a tunang kau macam tu? Kau marah-marah dia tadi ingat aku tak nampak ke?” serang Cazlan dengan soalan.
            “Dia yang mengada cakap kitorang bercinta. Si Nur tu perasan lebih. Aku tak suka dia lah, dari dulu sampailah sekarang. Takkan kau tak faham-faham lagi kut? Aku dah penat la. Kau tak bagitahu dekat Nur ke yang aku ni Am?” Cazlan terdiam. Memang dia belum beritahu tapi… Dia mula teringatkan sesuatu.
            “Weh, bukan ke kau nak jumpa Nureen sekarang ni?”
            “Taklah, gila aku nak jumpa dia.” Tengku Adam sudah tidak senang duduk.
            “Masalahnya dia cakap nak jumpa kau and aku terjumpa note yang kau bagi dekat dia cakap nak jumpa kat studio pukul 6. Kau jangan nak main-mainkan adik aku,” tuduh Cazlan.
            “Aku tak pernah pun bagi note dekat dia unless… Oh, shit!” Tengku Adam teringatkan sesuatu. Dia pernah mendengar ugutan Nadia, tak mungkin Nadia betul-betul berniat. Segera dimatikan perbualannya dengan Cazlan dia harus cepat sebelum Nadia memulakan sesuatu yang sukar dijangka.


Nureen memandang sekelilingnya, gelap! Nureen terlupa barangkali bahawa pelajar tidak dibenarkan menggunakan studio bermula jam 6 petang hingga 8.30 malam. Peluang ini diambil oleh Nadia sebaiknya. Dia sudah lama nantikan pembalasan tersebut.
            Perlahan-lahan Nureen menuju ke suis lampu. Belum sempat dia menekan suis dia merasakan kepalanya dihentak dengan sesuatu lalu tidak sedarkan diri. Nadia tersenyum puas. Nadia menarik Nureen ke suatu sudut dimana tiada orang perasan.

Tengku Adam gelisah. Stereng keretanya dihentak berkali-kali. Dia beristighfar. Masih lagi terngiang ditelinganya kata-kata Nadia bahawa dia akan lakukan apa sahaja demi mendapatkan dirinya termasuk melakukan kegiatan jenayah. Arghh! Tengku Adam berasa sangat kusut. Dia takkan maafkan dirinya jika berlaku apa-apa pada Nureen.
            Nureen membuka matanya perlahan. Terasa sedikit silau dia kembali memejamkan matanya. Tapi mengingatkan perjumpaannya dengan Tengku Adam dia membuka matanya seluas mungkin. “Adam!”
            “Tengku Adam tak ada, tapi aku ada,” kata Nadia diselang dengan ketawa yang dibuat-buat.
            “Kau?? Apa yang kau nak daripada aku? Mana Adam?”
            “Adam? Kau ni buat lawak betul la. Surat tu aku yang tulis. So now, here is no Adam but Nadia. Adam’s girlfriend to be!” pekik Nadia sejurus menarik rambut Nureen membuatku Nureen terjerit. Nadia kalut. Cepat-cepat dia mengambil botol di dalam begnya. Dia tersenyum.
            “Aku tak tahu apa istimewanya kau sampai si Adam tergila-gilakan kau. Mulai saat ni tiada lagi alasan untuk Adam jatuh hati dekat kau. Tahu tak kenapa? Muka kau bakal buruk selamanya.” Sekali lagi Nadia ketawa bagaikan dirasuk sambil membuka botol yang dipenuhi dengan cecair asid. Nureen menggeleng-gelengkan kepala menangisi keadaannya. “Am tolong Nur!!” jerit Nureen tanpa berfikir. Nadia bertambah geram tapi belum sempat dia berbuat apa dia berasa tangannya ditarik ke belakang. Seorang pengawal keselamatan mencengkam tangannya daripada melakukan sesuatu. Terkejut Nadia bila ternampak kelibat Tengku Adam yang bengis. Kalau diikutkan hati, ingin sahaja Tengku Adam menghadiah penampar dekat Nadia. Namun, hasratnya terhenti bila melihat Nureen yang teresak-esak di penjuru studio.
            “Shh… Dah, jangan menangis. Am kan dah sampai ni.” Tengku Adam cuba memujuk dan tenangkan Nureen.
            “A..Am… Kenapa lambat? Nur takut.” Tengku Adam berasa simpati. Dia membawa Nureen keluar daripada studio tersebut. Dia bersyukur Nadia tidak sempat mengapa-apakan Nureen. Tiba-tiba dia teringat sesuatu kenapa Nureen asyik memanggil dirinya Am? Apakah Nureen sudah tahu?
            “Am kan dah sampai ni. Erk… Nureen. Macam mana Nureen tahu yang Adam ni Am?” Nureen tersenyum. “Alaa, ingat Nureen tak dengar ke perbualan Am dengan abang Caz. Bercakap macam korang duduk sebatu tahu tak?” jelas Nureen sambil tertawa kecil.
            “Oo, jadi Nureen dah lama la tahu ye? Buat penat je menipu. Erm, Nur maafkan Am kalau selama ni Am menyakitkan hati Nur. I’m really sorry dear.” Tengku Adam menundukkan kepalanya. Malu dengan Nureen. Nureen sekadar senyum.
            “Tak ada apa-apa la. Nureen dah lama sukakan Am. Am tak sukakan Nureen ke?”
            “Mestilah suka! Opss…” Nureen ketawa gembira mendengar kenyataan Tengku Adam. Tengku Adam menggaru-garu kepalanya. “Macam mana boleh terlepas pulak ni?” bisiknya.
            “ Dengar baik-baik, saya takkan ulangi lagi ayat ni. Am sukakan Nureen sejak kita terlanggar hari tu. Bukan sejak kecil, ada faham?” jelas Tengku Adam.
            “Yalah, tapi Nureen sukakan Am sejak kecil lagi. Tapi, tak kisahlah asalkan Am sukakan Nureen. Yay!” Nureen sudah terlompat-lompat gembira. Cazlan yang melihat dari jauh hanya tersenyum. “Alahai, Nureen.”


No comments:

Post a Comment