Monday 25 February 2013

One Day in Beautiful Night~

Assalamualaikum...


 

Tema   : Glamorous Masquerade Night
Tempat  : Dewan Utama UiTM Kuala Terengganu
Masa     : 8.30 malam
Tarikh    : 23 Feb 2013


Baru-baru ni aifa ada annual dinner Kelab Media iaitu khusus untuk pelajar accounting. Mulanya ingat tak nak pergi pun, sebab tak ada orang nak pergi. sob3~
So, balik cuti hari tu tak cari baju pun nak pergi dinner tu. Sudah la temanya 'Glamorous Masquerade Night'.. Wahhhh!!

Teruja kot. Ehem...
3 hari sebelum dinner tu tiba2 je ubah fikiran. Member pun sama. Kitorang apa lagi, kalut la nak cari topeng. Fikir nak pakai baju apa. Hari khamis after class, berlari kitorang cari kereta sewa nak drive pergi astaka. Bukan aifa la yang drive tp member, anisa. Kalau aifa yang drive alamat hancur kereta tu nanti.

***

Pejam celik pejam celik dah dua hari....! The day is coming.


Aifa tak ikut tema sangat pun. Langsung tak glamour. Iyelah, tak plan langsung nak pergi. huhu.. 

Tapi aifa suka tengok member2 aifa. Semua comel je. Aifa je yang pelik. takpe. Nak cantik untuk siapa?
Be beautiful to your husband... Wahh, sekali lagi aifa suka sebut pasal married. Okay stop!


are you ready? come, lets go!

***

with novelis

menu dinner  : Bihun goreng and sate ayam


with liyana, my beautiful friend ;)

wow, they got the same mask!

kufikir ketinggian kami sama, tp ternyata aku lagi pendek  =='

yes, dapat bergambar dengan mamu. senior kelab kebudayaan!

with my classmate. yap, i'm the shortestttt! huh..

dengan KING of masquerade night. Komander JPA uitm

Last but not least. Gambar dekat bawah ni bersama2 dengan bodyguardku. hehehehe~

jangan marah ye Haris and Haziq ;)



Okay, enough for today. Actually i really enjoy that night. it make me forget the stress. 
Thanks for annual dinner MEDiA :)






AppleRed said  : keesokan hari lecturer merajuk ngan kitorang sbb tak pergi kelas.. erkkk... ingatkan tak ada kelas. sorry sir :(


Friday 22 February 2013

Diari Farah 2!

Assalamualaikum...

Pelik aku rasakan. Lelaki itu muncul buat kali kedua dalam mimpiku. Ya Allah! Apakah semua ini? 

Kali ini aku terlupa jalan kehidupan dalam mimpiku. Aku cuba untuk mengingati tapi tak boleh. Aku terlupa. 
Tapi yang pasti mimpi tu terlalu manis atau sebab itu aku terlupa. Mungkin.

Ada satu perkara yang aku pendam dan sekarang aku luahkan dalam diariku. 
Dekat kampusku ada seseorang persis Zarif. Bukanlah paras rupa tapi perwatakannya yang persis Zarif. Aku terkejut bila dapat tahu rakan aku menyukai lelaki itu. Aku biarkan sebab aku suka kawan lelaki tu.

                      Suatu hari mata kami bertentangan. Berdebarnya diriku usah dijelaskan. Benar, aku terperasan yang dia sering memandang ke arahku. Tapi, tak mungkin bagiku untuk memberitahu rakanku. Aku tidak mahu dia berkecil hati. 

                      Aku takut. Aku takut sejarah berulang. Biarlah perkara ini berlalu ditiup angin monsun. Aku tidak sanggup untuk lalui semua ini. Aku bukanlah pengecut. Aku cuma ingin selamatkan persahabatan yang terjalin antara kami. Janganlah hubungan kami rosak semata-mata seorang lelaki.  




Pernah suatu hari aku simpan barang-barang yang berkaitan tentang lelaki kampus itu. Tiba-tiba aku tersedar untuk apa aku buat semua ini. Aku tidak layak untuk berbuat demikian. Mulai sekarang aku harus jauhkan diri aku daripada bertembung dengan 'mamat' tu. Ya! Jauhkan diri anda Farah.







AppleRed said: Yeah...this is second diary! oh, please. this story has not relate to anybody :D



Thursday 21 February 2013

Diari Farah!

Bismillahirrahim...


Aku terjaga daripada tidur. Astagfirullahala'zim. Aku beristighfar. Apakah semua ni? Perlahan-lahan aku bangkit turun daripada katil dan menuju ke tandas untuk mengambil wuduk. Sejurus daripada itu aku sujud pada Ilahi dengan mengerjakan solat sunat tahajud dan istikharah. 
                              
  "Ya Allah, andai benar dia untukku Kau dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Namun, andainya Kau takdirkan jodohku bukan dengannya tabahkanlah hati hambamu ini Ya Allah."

Usai sahaja aku mengaminkan doa aku terimbas kembali mimpiku tadi. Berkerut dahiku memikirkannya. Namun, senyuman tiba-tiba terbit dibibirku. Aku berasa agak lucu dengan mimpiku. Aku menggelengkan kepala, mustahil jika mimpi itu terjadi pada dunia realitiku. Sesudah melipat telekung aku terus mencapai diariku yang berwarna coklat. 




     Diariku buka dengan debaran dihati. Berdebar-debar hatiku untuk menconteng kisah yang berlaku dalam mimpiku. Gembira? Sedih? Perasaanku bercampur baur. Bismillahirrahmanirrahim.


***


Pagi yang hening itu aku bersiap siap untuk berjumpa kawan lamaku. Terujanya ingin jumpa dengannya hanya Tuhan yang tahu. Aku mulakan perjalananku dengan berjalan kaki. Aku sendiri tidak faham kenapa aku berjalan. Dalam perjalanan aku terserempak dengan seseorang. Aku seolah-olah terlihat kelibat jejaka itu. Aku mengendahkannya, mungkin perasaan aku sahaja.

     Sedar-sedar sahaja kakiku sudah tiba di satu Kafe yang aku sendiri tidak pernah lihat. Aku tidak pedulikannya. Sambil menanti sahabat lama aku sempat pesan secawan cappucino latte. Minuman kegemaranku. 


Aku mengedipkan mata seolah-olah ada sesuatu yang mengganggu. Sebaik sahaja aku membuka mata aku sudah berada di satu kawasan perkhemahan tapi masih lagi dengan pakaian yang sama. Aku terpinga-pinga dengan apa yang berlaku. Aku berjalan dengan terhenjut. Kakiku terseliuh. Apakah yang berlaku? Itulah persoalan yang bermain di fikiranku saat itu.

     Ketika aku berjalan menuju ke khemahku, aku terserempak dengan jejaka itu. Benar. Kali ini mataku tidak menipu. Lelaki itu memang ada di depan mataku. Jarak antara kami cuma beberapa meter.

     "Farah," tegur lelaki itu. Zarif. Aku tidak membalas tegurannya. Namanya seolah-olah tersekat di kerongkong. Aku tergamam. Betapa aku merindui lelaki ini. Apakah ini suratan atau kebetulan? Hanya Allah yang tahu. Zarif tersenyum padaku. Aku dapat rasakan air menitis atas tanganku. Hujan. Hujan yang menitis keluar dari tubir mataku. Aku begitu merindui senyumannya. Kami duduk di depan khemahku sambil berbual kosong. Seolah-olah kami teman rapat. Aku keliru. Tapi aku gembira.



***


Kemudian aku terfikir, kenapa tiba-tiba aku mimpikan Zarif? Mungkinkah kerana aku terlalu merinduinya? Memang benar aku merinduinya baru-baru ni hinggakan aku berdoa kepada Allah agar dijodohkan dengannya. Aduhai. Sesiapa yang baca buku ni pasti ingatkan aku gila dan tidak waras. 
     Aku menutup diariku. Mimpi itu cumalah permainan. Kadang-kadang menjadi petanda. Tapi, apakah maksudnya? Adakah dia juga mimpikan aku? Jika benar dia mimpikan aku pasti kerana aku terlalu merindui dirinya.
    Aku senyum sendiri. Astagfirullahala'zim. 






AppleRed said : cerita ini rekaan semata-mata. tidak berkaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada :)

Wednesday 6 February 2013

Salam MaulidulRasul

Assalamualaikum...

Salam Maulidulrasul :)

Mungkin entry maulidulrasul ini agak terlambat tapi masih lagi dalam bulan Rabiulawal bukan?
Alhamdulillah, tahun ni masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut kelahiran Rasulullah s.a.w. 
Kenapa? Dengan cara inilah kita dapat mengingati Rasulullah S.A.W.

Astaghfirullah... Ini tidak bermaksud kita terus lupakan baginda.
Cuma dengan sambutan ini membawa kita ke arah satu perjuangan. Cuba ingatkan balik bagaimana baginda cuba menyebarkan agama Islam. Betapa susah dan payah baginda cuba menyebarkan agama ini.


Sedikit sebanyak biodata Rasulullah S.A.W

:) Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib
:) Tarikh lahir: hari isnin 12 Rabiul Awal bersamaan 20 April 571 Masehi
:)Tempat lahir : Makkah al-Mukarramah
:) Bapa: Abdullah bin Abdul Mutalib
:)Ibu : Aminah binti Wahab
:) Ibu susuan : Thuwaibah + Halimah As-sadiah
:) Pengasuh : Ummu Aiman (gelaran)




Semalam pergi dengar ceramah daripada Ust. Afis Ibrahim. Pendakwah bebas yang berasal dari Terengganu. 
Alhamdulillah sedikit sebanyak memberi kesedaran dan peringatan tentang kehidupan Rasulullah S.A.W.

Rasulullah sangat mencintai umatnya hingga saat akhir hidup baginda.
Tapi, pernahkah kita mencintai Rasulullah hingga menitis air mata terlalu mengingati baginda?
 Wallahualam.


LAW KANA BAINANA

Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita : لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib : من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب

Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب

Andai Rasulullah masih ada
Semerbaklah haruman Baginda
Setiap jiwa ingin bersamanya
Nur Muhammad terus bercahaya

Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam : يا رحمة للعالمين





Tempat : Dewan Utama UiTM Kuala Terengganu
Tarikh : 5 Februari 2013
Masa : 8.30 malam
Penceramah : Ustaz Afis Ibrahim





AppleRed says : hendak jadikan seseorang itu sebagai idola boleh. tapi mereka yang mempunyai peribadi dan akhlak yang baik :)

Sunday 3 February 2013

Detik Kematian

Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan 
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?




Asyhaduallailahaillallah wa asyhaduannamuhammadulrasullullah

my group AC110





Assalamualaikum pembuka seloka,
Sebagai hormat sesama Islam;
Tirai perkenalan dibuka jua,
Ikatan mesra warga Uitm.

Bercermin mata tidak tinggi,
Sungguh kacak berpendirian tinggi;
Inilah dia PA kami,
En. Kamal nama diberi.

Ini jejaka bijak tapi egois,
Berambut tajam bagaikan duri;
Inilah kami punya ketua kelas,
Merangkap sebagai komander Fitri.

Seorang jejaka seorang gadis,
Comelnya mereka pasangan serasi;
Seorang komander seorang palapes,
Amirul dan Syafiyah gelaran diberi.

Lembut orangnya berbudi bahasa,
Itulah Haris naib presiden Pka;
Punyai rakan tersangatlah ramah,
M. Amiruddin diberi nama.

Empat sahabat ceria bersama,
Berkongsi rumah jadi amalan;
Hensem-hensem dan comel belaka,
Jemput kenal Fahmi, Farid, Syamil dan Dan.

Giliran bunga tibalah kini,
Diterbangkan dari negeri Sembilan;
Silalah kenal Nur Ezzati,
Ahli Jpam ‘number one’.

Putihnya dia persis mutiara,
Orangnya diam-diam ubi berisi;
Diberi nama Nur Liyana,
Sekali tegur peluru diberi.

Nur Nabila gadis cantik dan tinggi,
Sering membuat orang menunggu;
Bersahabat dengan Nur Azhani,
Berkaca mata ceria selalu.

Seorang gadis petah berbicara,
Mencuri tumpuan kami semua;
Jangan ditanya siapakah dia,
Nurul Auni itulah orangnya.

Digelar kembar amat biasa,
Cuma berbeza tinggi dan rendah;
Pergi ke kelas sentiasa bersama,
Inilah dia Azzahara dan Syahidah.

Sangat bijak dan bercermin mata,
Suaidah nama yang diberi;
Punyai rakan Masyitah namanya,
Bersama-sama kejayaan dicapai.

Giliran komander tibalah kini,
Disangka gagah tapi baik;
Mereka Syahadah , Farah dan Fatini,
Setiap program merekalah terbaik. J

Orangnya kecil comel sahaja,
Bijak menghafal juga mengira;
Ingin tahu siapa mereka,
Syamimi dan Fatin semestinya,

Tinggi dan cantik itulah Hidayah,
Menjadi tumpuan di dalam kelas;
Amira juga tidak kalah,
Orangnya tinggi sangat manis.

Sering bergaduh setiap masa,
Menjadi musuh tidak sesekali;
Farhana dan Anisa itulah mereka,
Ke kelas bersama setiap hari.

Gadis ayu dari Terengganu,
Lydia Murni nama diberi;
Sekali pandang tidak jemu,
Sangat baik budi pekerti.

Sama-sama dari Kelantan,
Suka duka bersama-sama;
Alyaa dan Mariam diperkenalkan,
Inilah mereka sahabat kita.

Sungguh cantik gadis ini,
Gadis Arab gelaran padanya;
Tengku Aisyah nama diberi,
Jemput kenali rakan semua.

Tibalah kini giliran saya,
Pasti tertanya siapakah ini;
Nama diberi Nur Aifa,
Pasir Mas itulah tempat kelahiran diri.

Maaf jika mengguris hati,
Jari disusun tanda kemaafan,
Niat ingin menghibur diri,
Bukan sendiri tapi semua.

Sungguhpun nakal di dalam kelas,
Anugerah Dekan ingin digegami;
Bersamalah kita berusaha keras,
Demi matlamat yang ingin dikecapi.


We are AC110B batch May-October 2011 . Harap-harap persahabatan antara kami kekal selamanya. Ya Allah, janganlah Kau cipta jurang antara kami. Aminn...