Friday 14 December 2012

That's me

Assalamualaikum...


Entry kali ni mungkin nampak bodoh tp ...

Sebenarnya nak buat pengakuan di sini. Pemilik blog ni bukan lagi nuraifa yg dulu. 
nuraifa yang dulu tersangat la innoncent. Sampaikan member pun tak berani nak rapat.

But now, i don't think you can find my old nuraifa.


She still silence person but naughty.

Always teasing her friends. 
and

Wow, how she become a joker now?

Since she getting upset with her life.

almost a year she's not smile cheerful


Live as campus girl sometime will face to many problem.

As she thought, her friends will never see her problems through out her happy face.
 Her problem is not as their problem. But she will try to hide it as good as she can.


Wanna know how she became like that? 

Just think by yourself :)

That is new Nuraifa :)

Tuesday 4 December 2012

Oh Tidak ! Tak Mahu !

Assalamualaikum...


Tahukah anda, UiTM Kuala Terengganu merupakan salah satu kampus yang paling kecil??

First day daftar masuk kat kampus ni memang ternganga. Oh my... Inikah yang dinamakan Universiti?
Kalau korang lalu mesti tak sangka ni kampus siswa. Haha!
Kalau nak dibandingkan dengan sekolah kat sebelah memang jauh lebih luas drp kampus kitorang.

Jarak kolej kediaman ke kampus hanya mengambil masa 3 minit berjalan kaki. 
Tiada bilik kuliah sebagaimana kampus lain.
Pada mulanya memang terkejut habis!

Adakah?

=)

By the way, after a month I study in this campus I feel so glad.
I'm glad that i haven't too rushing whole day.
Even the gaps between other subject's class just two hours,it allowed me and friends to back to the college and take some rest. 

Siswa siswi dekat sini pun mudah mesra. Apatah lagi dengan pensyarah bagai. Kami di kampus ni ibarat satu family. Walaupun kampus ni banyak kekurangan dari segi fasiliti, namun kemesraan pelajar-pelajar kat sini sudah mencukupi.

Almost 2 years i studied here, me and friend suddenly were shock with a news !
Very shocking us!!

Next semester, all faculty members except Faculty of Science and Faculty of Art and Design will transfer to Kampus Dungun.

Ya Allah... Apakah?
Kalau dapat transfer ke Machang tak pe la jugak. Dapat balik rumah tiap2 minggu.
Ini tak, kampus Dungun. Lagi jauh nak sampai rumah.
Makhluk yang bernama kera pun banyak.

Kami dekat sini sudah terbiasa dengan sistem pembelajaran yang cukup simple but its still campus life.

Apakah kami dapat merasai apa yang kami rasa di sini dekat sana nanti?

Sungguh tertekan. At least biarlah kitorang habiskan lagi 2 semester dekat sini.

Dah tak lama pun.



Apa-apa pun aku tetap bersyukur sebab diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke Universiti. Sungguhpun hanyalah kampus yang kecil cukup membuat kami gembira yang amat.

Alhamdulillah.



AppleRed says : Harap-harap dapat menyesuaikan diri di tempat baru nanti. Mudah-mudahan kengkawan masih lagi mengingati diri ni walaupun terpisah :)

Saturday 1 December 2012

apakah?

Assalamualaikum...


Apakah yang terjadi? Edisi khas kali ini akan mencari dan mengupas kisah benar untuk saudara. hehehe~



Haishh...takde persoalan sangat pun cuma masih terasa kehangatan cuti semester yang hanya 8 minggu.

Hari ni merupakan hari pertama saya sebagai senior semester 4 tahun kedua.

Aigooo~ dah masuk senior year rupanya. Tapi perangai masih lagi tak matang (mengaku)

Sedih, beribu kali sedih.
Hari ni family hantar efa ke terengganu yang indah mindah ni.

I don't know how to say but...
This feeling totally just like first day I step in this University. 

by the way, this semester i need study smarter than other semester.
fighting~


Usaha dan doa tangga kejayaan
Selamat Berjaya Nur Aifa bt Samberi.



Tuesday 23 October 2012

now is HOLIDAY !

Assalamualaikum





CUTI SEMESTER DATANG LAGI!!

now, lets helping our parents

that my job

i'm not paying by money but love ♥  from my family

this is what i want when i'm at university 

Even this holiday just for one month, I really appreciate.

Thanks Allah

for giving me this chance
:')


Sunday 7 October 2012

Happy Birthday abah :D


..Assalamualaikum..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Aku bersyukur sangat sebab paper killer baru shj habis
: D



dah boleh lega sikit, tapi takleh lega banyak2 sbb ada 3 paper lagi

Nak dijadikan cerita hari ni birthday abah. 

Bangun je subuh tadi terus sambar phone call daddy.

kononnya nak buat surprise wish kt abah pepagi ni.
hehe

Call2 ma yg angkat, ma tye hari ni ada exam kan?
tersengih2 efa jawab ya. Pastu dapat ckp ngn abah.

Abah pun sama, tak sempat nak wish terus ditye
abah: exam kan?
me: erkk.. a'ah. eh, abah dengarla. selamat hari jadi
abah: hoho mana hadiah?
me: meh la dulu duit nanti kakchik beli
abah: hehe. emm, kakchik. abah dah buat solat hajat. buat molek exam ni
me: *terharu.. thanks abah :')

Terharu betul. 
Mujur mesej kat abah jadual exam
hehe


Anyway, selamat hari lahir abah. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Love you.

sincerely from your sweet, cute daughter
miss aifa

Monday 13 August 2012

K.A.M.I. Y.A.N.G. C.E.R.I.A

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan buat sahabat2 blogger dan yang bukan blogger =D

Guys, you know what? This semester was veryyyy stress. 

Especially when it about work of  BEL311. Urghh, i'm getting tired with my lecturer. Today, he said A tomorrow he said B. The day after tomorrow?? You can guest what he will going to say. *sigh

I'm not hatting my lecturer. I'm just furious. huhu

He is nice guy. But, sometime he forgot what he say before. Hmm, I don't want to curse him. Anyway, he still my lecturer. I need to RESPECT him.

I assume him just like my father. I can't against him. If not I'll sad. Yes. I cant against someone who are older than me. Waaaaa~ aifa is sensitive person okay !


p/s : Don't try to judge me if you don't know who I am :)


But today, my classmate and I not really stress at all. Ya...... b'coz we not going to submit any work. 
Alhamdulillah ...

That why we can snap ! HAHA



guna nana punya lappy 


okay. its too happy right? haha. Jap lagi menangis la ni.


gelak-gelak jugak jap lagi 'ayahanda' masuk


okay fine ! nak jugak masuk gambar. Takpe2. Just for fun right?
:)




AppleRed says : assignment tak start pun lagi. Aduhaiii~ stress lagi

Saturday 7 July 2012

Timun Betik mummy tanam :)

Haish, macam mana nak mula eh? Sebenarnya aifa tak tahu bila masanya ma tanam timun betik ni. Alih-alih dah tumbuh. Hik3

Sebelum cuti semester hari tu agaknya. Almaklumlah, ma tengah bercucuk tanam tak pergi tengok pun. Ishh3

Time pertengahan cuti semester hari tu buah timun betik ni cuma lah sebesar ni


Urm... masa adik aifa tunjuk "alah, kecik lagi. Tak cukup besar lagi ni"

okay , minggu lepas aifa balik kampung. Adik aifa tunjuk lagi sekali. Tak sangka timun betik dah sebesar ni



erk.besar sikit je. Lalalalaaa

ingatkan ni je yang ada, rupanya semalam ma dah ambil and siap timbang pun. Agak2 logik tak timun betik ni besar macam ni dalam masa seminggu?


Rasa-rasalah kan. Aifa terlepas pandang buah ni dulu. Ye la, takkan la berbuah satu je. Mesti dalam 2-3 jugak kan? hehe
Apa pun buah timun betik ni sedap kalau makan dengan gula melaka + santan.
nyum3





AppleRed says : padahal tak pernah rasa pun buah ni. Ma pernah paksa try tapi takut nak try. hehehehehe

Sunday 10 June 2012

Tahun ke2 Semester3

Assalamualaikum,


Hari yang memenatkan ! Petang tadi lepas daftar kolej terus angkut beg naik aras 3. Woowwww!! Terkezut ni. Dah la beg berat macam bawak badak je. Bukan satu tapi dua plus beg sandang. Betapa banyaknya beban. Boleh kurus den kalau cenggini.

Sampai habis air sebotol kalau diikutkan tp minum air lain air kt bawah ni tak sempat habis.hoho


Okey fine. Janji dapat kolej. Kalau tak dapat memang haru la. Dah la tu drive tak pandai apatah lagi nak ada lesen. Adoy~


Esok dah nak start kuliah. Hope everything okay !

Tahun ke2 Semester 3 please be nice to me!
=D

Friday 11 May 2012

Kalaulah :)

Assalamualaikum…

Urmm…. Hari ni hari apa ek? Hari jumaat kan?
Hari jumaat hari yang sangat istimewa dimana nabi Adam as diciptakan dan diturunkan di syurga serta wafat.
Hari jumaat juga berlakunya kiamat. Siapa sangka mungkin jumaat ni, jumaat depan, jumaat lagi satu?

Bertuahnya kawan saya sorang ni bila 11 Mei jatuh pada hari jumaat.
Selamat menyambut Ulang Tahun ke 19. 
(may Allah bless you always )
Dah tua rupanya awak, saya masih lagi 18. hik3 (may Allah bless you always )
Nah hadiah untuk awak. Chocolate indulgence my favourite cake. Nyum3




Tapi sorry… gambar kek ni saya copy paste je :p

Awak seorang kawan lelaki first yang berani declare nak kawan dengan saya. terharunya........................................ ♥ haha 

iii tapikan iii

Kalaulah… 
awak boleh maafkan saya dan anggap saya sebagai kawan awak balik

Kalaulah… 
saya dapat mendengar atau menerima ucapan ‘selamat hari lahir’ walaupun hanya sekali.

Kalaulah… 
kawan-kawan saya dapat ingat birthday saya sebagaimana saya ingat birthday diorang.

Kalaulah…
mereka boleh wish dekat saya depan-depan. bukan di fb mahupun twitter


Namun...
saya tak kisah semua tu, asalkan saya mampu jadi kawan yang terbaik buat mereka dan awak (kalau boleh). Saya ingat saya boleh ubah sikap saya yang pendiam dan malu tu lepas sambung belajar. Tapi tak boleh la..... :(

sebab saya perempuan melayu terakhir kot..hik3

AppleRed says : jangan tiup lilin hari jadi tau !! ''rujuk blog ni' dan....satu lagi ! saya nak berkawan, bukan nak menggedikk ~

Wednesday 9 May 2012

HaMba ALLAH SWT

Assalamualaikum…

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk meneruskan hidup di dunia ini.

Kita semua pasti tahu bahawa yang hidup pasti akan pergi menghadap Ilahi. Yang pergi tetap pergi. Yang hidup mesti teruskan. Itulah yang berlaku pada kawan rapat efa, Adik Su.
Adik su dikejutkan dengan berita kematian bondanya pada jam 8.20 malam semalam. Saya sendiri terkejut. Saya tak tahu bagaimana keadaannya sekarang. Bolehkah dia hadapi kesedihan ni keseorangan tanpa kawan disisi? Bila saya fikirkan balik. Adik su seorang yang kuat. Ya, kuat sangat.

Benar kata-kata ini sekemas-kemas perancangan manusia hanya Allah yang menentukan. Kita yang hidup tak selamanya sihat. Jadi sentiasalah beribadat kepadaNya. Sesungguhnya hanya iman dan taqwa yang menjadi bekal kita di sana.


_____________________________________________________________________________


penggunaan ayat yg skema :)



AppleRed says : pertengahan bulan Mac lalu kawan saya kehilangan bapanya kerana serangan jantung. Ya Allah, kau lindungilah kami sekeluarga. Aamiin.

Tuesday 8 May 2012

laGu SediH



VIP VIP babeh
Selalunya haruku tak sebegitu biru
Selangkah pun tak lah terasa begitu jauh
Ku di sini tapi fikiran entah ke mana

Jiwa yang terganggu buat aku tersedar

semua kerna kau dah hilang dari pandanganku

(KORUS)
DJ putarkanlah lagu cinta
Dedikasi kepadanya
Kerana kan aku merindu dia yang menjauh
Putarkanlah lagu cinta untuk ku melayan jiwa
Andai dia tidak kembali
Minta tujukanku lagu sedih
Tujukanku… lagu sedih


Apa mungkin dia sedang mendengar di sana
Dibelenggu kesepian atau sudah lupa
Walau aku cuba berganjak meneruskan hari
Tapi hati masih berpaut semalam lagi

semua kerna kau dah hilang dari pangkuanku

ku bukakan sterio, internet dan radio
Tapi lagu yang ke udara hanya menyucuk-nyucuk jiwa
kernaku kehilanganmu
Kehilanganmu
Jadi jikalau kau mendengar
Rasakan Gelombang terpancar




AppleRed says : suka sangat dengan lirik lagu ni.  

Puteri Bulu Hidung Mengurai part 2/2

sebenarnya cerpen ni merupakan ilham daripada kawan saya. first dengar tajuk ni lucu jugak. 
bila awak beritahu saya yang awak tipu saya je yang awak buat cerita ni. terus saya terfikir, tak salahkan kalau saya karangkan cerita based on your title right?
Jangan Marah Saya






Berkerut-kerut dahi Henry memandang hutan di hadapannya. Hutan tebal yang pernah dia dan Yaya bermain dulu. Terdetik di hati Henry adakah Yaya cuba permainkannya? Tapi tak mungkinlah Yaya nak main-main sedangkan dia sendiri sedang berusaha mencari jalan penyelesaian.
            “Ery ! Kau mesti pelik kan kenapa aku bawa kau kat sini?” Yaya menarik nafas sedalam-dalamnya lalu menyambung, “kau ingat tak yang aku cakap yang aku cari kau kat sini? Sebenarnya kat sinilah aku terkena sumpahan Ratu Serangga tu. Bertahun aku hidup dalam ketakutan. Aku nak jumpa kau. Tapi… tapi kau pulak gelakkan aku.” Terkejut Henry melihat Yaya yang tiba-tiba menangis. Henry cuba menenangkan Yaya walaupun dalam hatinya begitu bersalah terhadap gadis itu.
            “Putera Henry dan Yaya. Sepasang kekasih yang sudah lama terpisah akhirnya bertemu kembali. Wow, interesting !” Suara yang muncul di belakang mengejut mereka supaya kembali ke alam nyata.
            “Ryan ?” soal mereka berdua serentak.
            “Apa kau buat kat sini? Macam mana kau tahu tempat?” soal Henry dengan dahi yang berkerut.
            “Kau lupa ya Henry? Kau dan Yaya pernah bawa aku kat tempat ni.”

Terdapat seorang kanak-kanak yang sedang tunduk memeluk lutut menarik perhatian Yaya dan Henry. Yaya menanti Henry memulakan perbicaraan namun Henry menolak Yaya supaya menegur budak lelaki tersebut. Kemudian terjadilah adegan tolak menolak antara Yaya dan Henry. “Kamu berdua ni kenapa?” teguran budak lelaki itu membuatkan perbuatan Henry dan Yaya terhenti.
            “Erk… ka..kam.. kami nak berkenalan dengan awak. K..kenapa awak nam..pak sedih?” tegur Yaya dengan perasaan takut. “Saya Ryan. Saya tak ada kawan. Semua orang tak nak kawan dengan saya. Saya sedih.” Melihat kolam air mata Ryan hampir pecah cepat-cepat Henry menyambung.
            “ Siapa cakap awak tak ada kawan? Saya Henry dan Yaya akan menjadi sahabat awak sampai bila-bila,” ujar Henry seraya menepuk dadanya. Selepas berjanji setia. Henry dan Yaya membawa Ryan ke pengkalan rahsia mereka berdua. Tempat dimana mereka berdua menghabiskan masa bersama.
            Sedar tidak sedar sudah hampir setahun mereka bertiga berkawan. Namun kemesraan Henry dan Yaya menimbulkan rasa iri dalam hati Ryan. Pelbagai cara yang digunakan oleh Ryan untuk memisahkan dua sahabat tapi nasib tidak meyebelahinya apabila Ryan terpaksa mengikut ibu bapanya berpindah.
“Kamu mesti gembira kan bila aku pergi? Nanti kau boleh dekat-dekat dengan Yaya. Kau dengar sini Henry aku akan dapatkan Yaya walaubagaimana cara sekalipun. Ingat tu !” bisik Ryan. Henry pula terkedu mendengar kata-kata sahabatnya itu. Walaupun masing-masing masih berumur 10 tahun namun kelihatan matang dalam perbicaraan dan pergaulan.

Terlopong Yaya melihat sahabat lamanya itu. Ingin dipeluk-peluk Ryan. Namun melihat jelingan Henry mematikan hasratnya. ‘Apa kenalah budak ni nak main jeling-jeling pulak, sakit mata ke bang?’
            “Kenapa awak balik sini Ryan?” tanya Henry bersahaja. “Aku dengar Yaya terkena sumpahan jadi aku balik sini cuma nak pastikan berita tu. Aku jumpa budak-budak sekolah, mereka cakap Yaya dah jadi raksasa.” Yaya mencebik. Senyuman terukir di bibir Ryan bila melihat gadis pujaannya. Ah, betapa rindunya dia pada seraut wajah comel itu.
            Henry naik geram apabila mata Ryan tidak lepas daripada memandang Yaya. Dengan geram Henry menarik tangan Yaya supaya berlalu. Yaya hanya menurut. “Izinkan aku untuk bantu kau,Yaya.” Ryan yang sedari tadi diam tiba-tiba bersuara. “Tak payah! Nanti menyusahkan saja.”
            “Henry ! kenapa berkasar dengan Ryan? Dia pun kawan Yaya tau. Ryan, kalau awak nak tolong boleh tapi saya tak nak menyusahkan awak,” Yaya tertunduk sambil mengerang perlahan. Terkejut Ryan saat Yaya mengangkat kepalanya. “Yaya, pertama kali saya tengok awak macam ni. Tak, awak tak akan pernah menyusahkan saya. Percayalah.”
            Mereka berjalan menyusuri anak sungai. Sepanjang perjalanan Ryan terpaksa menahan panas melihat kemesraan Henry dan Yaya. Memang dari dulu dia cuba memisahkan hubungan mereka berdua.
            Suasana hutan semakin gelap. Yaya pula sudah bertukar dari tadi. Cadangan Ryan supaya berhenti bermalam diterima Henry. Masing-masing berdiam diri. Tiada apa yang hendak dibualkan. Usai sahaja menyalakan api, Henry melabuhkan punggungnya di sebelah Ryan. “Aku tahu kau datang sini bukan pasal berita Yaya kan?” Ryan tergelak kecil.
            “Kenapa kau cakap macam tu? Aku tahu kau sukakan Yaya.” Kata-kata Ryan buat Henry menggelabah. “Ma..mana ada. Aku tak suka dialah. Memalukan je.”
            “Habis tu, kau selalu ada disamping dia. Tak pernah berpisah pun. Sampai aku nak bercakap dengan Yaya pun susah.”
            “Ah ! tak mungkin aku sukakan orang yang macam bini shrek tu. Merepek la kau!” sebaik sahaja Henry berpaling mahu berlalu dia dikejutkan dengan kemunculan Yaya. Bulu hidungnya berterbangan seperti ditiup taufan.
            “Jadi, selama ni Ery anggap Yaya macam bini shrek ya? Memang. Memang Yaya hodoh sangat sampai Ery pun malu nak mengaku kan? Sudahla Ery, lebih baik kau balik. Selama ni kau pura-pura baik dengan aku kan?” belum sempat Henry mengutarakan alasan Yaya sudah berlalu pergi. ‘Akhirnya jerat mengena. Heh.’ Bisik hati Ryan.

Ryan mengekori Yaya dibelakang. Hari sudah menginjak subuh. Terpaku Ryan melihat Yaya yang sudah berubah ke wajah asalnya. Asyik Ryan memerhatikan Yaya dia dikejutkan dengan jeritan Yaya. “Yaya ! kenapa ni?” laju sahaja Henry mendapatkan Yaya. “Kau buat apa kat sini. aku suruh kau balik kan? Aku tak nak tengok muka kau lagi. Pergi !!” Henry menunduk. Dia menyesal atas ketelanjuran katanya semalam.
            “Jadi, Yaya memang nak Henry tinggalkan Yaya dengan ‘makhluk perosak’ ni? Okay, Henry pergi dan takkan ganggu Yaya lagi. Tak akan !” kali ini Henry betul-betul sebal. Panas hati kerana dia tahu Ryan sengaja perangkapnya supaya Yaya membencinya. Setelah Henry berlalu pergi Yaya melepaskan tangis semahu-mahunya. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu Henry pergi namun mindanya menolak.
            “Sudahlah Yaya, buat apa menangis sebab lelaki tak guna tu. Awak kan masih ada saya,” ujar Ryan sambil tersenyum kemenangan. Yaya tersenyum kelat. Baru sahaja hendak menyambung perjalanan, Yaya seolah-olah terlihat sesuatu. Ya. Dia tidak silap. Itulah Ratu Lara.
            “ Wahai Ratu Lara. Masih ingat lagi seseorang yang telah kamu sumpah supaya bulu hidungnya mengurai apabila menginjak senja?” soalan Ryan membuatkan dahi Ratu Lara berkerut namun cepat-cepat Ryan menindakkan dengan tangan. Mujur sahaja Yaya tidak melihat perlakuannya. Ratu Lara mengangguk perlahan. “Kenapa kamu datang ke mari? Aku sudah larang kamu datang ke sini bukan?” soal Ratu Lara tegas.
            “Saya tidak akan pergi selagi Ratu tidak tarik sumpahan ni! Alasan Ratu sewaktu beri sumpahan ni nyata tidak logik. Seperti rencana seseorang.”
            “Apa maksud kamu wahai gadis sumpahan?” Ratu Lara sudah tidak keruan. Begitu juga Ryan. Ryan ingin mencelah namun Yaya terlebih dahulu menjawab.
            “Ratu sumpah saya sebab saya mengganggu anak buah Ratu sedangkan saya sedikit pun tidak menyentuh mahupun mengganggu. Alasan yang tidak bernas wahai Ratu Lara. Cepat tarik sumpahan ni sebelum saya bunuh anak buah Ratu,” gertak Yaya. Namun dia sendiri tidak berani memegang pisau inikan pula membunuh. Jauh panggang dari api. Ratu Lara mengeluh. “Saya tak boleh tarik balik sumpahan tu. Melainkan…” “Melainkan apa?” Ryan tiba-tiba menyampuk.
            “Melainkan kamu mencari orang mencintai kamu dengan ikhlas dan kamu juga mencintai orang itu.” Yaya tersentak. Mana mungkin ada lelaki yang mampu mencintai dirinya yang tidak sempurna. Sudahlah hodoh ditambah pula dengan sumpahan yang dikenakan maka lebih hodoh. Yaya menggeleng kepala. Dia sudah berputus asa. Mungkin inilah takdir yang ditentukan. Ditakdirkan supaya hodoh selama-lamanya dan ditinggalkan oleh sabahat karib, Henry. Tiba-tiba rasa bersalah menerpa sanubarinya.
Ryan dan Ratu Lara menjauhi tempat dimana Yaya termenung. “Bonda. Boleh ke buat macam ni? Ryan takut cinta Ryan tak berbalas,”soal Ryan dengan suara yang ditahan takut didengari Yaya. Ratu Lara tersenyum lalu membalas. “Ryan, kalau cinta kamu tak berbalas maknanya dia bukan untuk kamu sayang. Tak semestinya cinta kita akan terbalas. Mungkin dia cintakan orang lain lebih daripada kamu cintakan dia.”
            “Tapi, bonda sendiri cakap nak tolong Ryan kan? Bonda dah mungkir janji. Bonda pun tak sayang Ryan kan?”
            “Bukan macam tu. Bonda cuma tak nak Ryan terlalu berharap. Bonda…” belum sempat Ratu Lara menghabiskan kata-kata Ryan sudah berlalu pergi ke arah Yaya.
           
            “Erk..Ryan. Apa yang awak bualkan dengan Ratu Lara tadi? Serius je tengok.”
            “Tak ada apa-apa. Saya sakit hati bila dengar awak tak dapat hapuskan sumpahan jadi saya pergi la marah bon… eh Ratu Lara.” Hampir saja dia tersasul.
            “Boleh. Saya boleh hapuskan sumpahan ni. Tapi jika seseorang mampu mencintai dan terima saya seadanya.” Ryan menyeka perlahan air mata Yaya. “Awak masih ada saya. Yaya, saya cintakan awak. Dari dulu hingga sekarang saya tetap cintakan awak. Percayalah,” ujar Ryan sambil tersenyum.
            “Terima kasih Ryan. Saya pun sayangkan awak…” Ryan telah mengoyakkan senyum gembira tapi sekejap apabila Yaya menyambung, “tapi saya tak cintakan awak. Serius. Yaya tak rasa yang Yaya cintakan Ryan. Maafkan Yaya.”
            “Tapi kenapa? Awak perlu jatuh hati pada saya untuk hapuskan sumpahan ni. Saya akan bantu awak.”
            “Tak mungkin. Saya tak mungkin sukakan awak, Ryan. Dalam hati saya sudah ada seseorang. Cuma saya tidak tahu siapa dia. Maafkan saya.” Tersentak Yaya bila melihat Ryan yang sudah memegang buluh runcing. Kenapa dia pegang buluh tu? Mana dia dapat? Pelbagai persoalan yang bermain di benaknya.
            “Saya takkan benarkan orang lain dapatkan awak. Jika saya tak dapat awak orang lain pun tak akan dapatkan awak kerana… kita akan mati bersama.” Belum sempat buluh itu terkena Yaya merasakan tubuhnya tertolak ketepi dan jatuh tercium tanah. Yaya terkedu. “E..ry?” pantas Yaya memeluk Henry. Rindu dan bersalah menerpa hati.
            “Fulamak! Romeo datang la pulak. Nampaknya tak lama lagi cita-cita kau nak mati dengan Juliet aku aka terlaksana. Aku akan laksanakan cita-cita kau tu.” belum sempat Ryan menyerang, Henry menghalang. “Tunggu!” Henry menarik nafas lalu menyambung, “Yaya perlu tahu pasal kau. Yaya, si Ryan ni bukanlah orang yang baik selama ni.”
            “Apa maksud Ery?” Yaya bingung. “Ryan merupakan anak kepada Ratu Lara. Dia yang menyuruh Ratu Lara sumpah Yaya jadi macam ni. Dia cuba ambil kesempatan atas keadaan Yaya semata-mata inginkan cinta Yaya. Lelaki macam ni memang pengecut. Sanggup guna cara kotor!” hambur Henry. “Bu..bukan macam tu Yaya. Ak..aku” Ryan memegang erat lengan Yaya.
            “Lepaskan aku pengecut! Kau dan aku bukan lagi kawan. Kau yang minta macam ni. Pergilah. Pergi pada bonda kau, Ratu Lara.” Hati Ryan hancur. Luluh. Saat ini dia tahu hati seseorang tidak boleh dipaksa. Dia malu dengan Yaya, Henry dan juga bondanya. “Mungkin ini terakhir kali kita berjumpa. Aku juga disumpah. Disumpah oleh musuh bondaku sendiri. Aku disumpah supaya menyatukan tiga pasangan jika tidak aku akan mati. Tapi satu pasangan lagi tidak disatukan. Masa aku cuma tinggal beberapa minit saja. Aku minta maaf aku pergi dulu,” terang Ryan dengan panjang lebar lalu berpaling menuju ke arah Ratu Lara.
            Yaya menunduk. Air matanya bergenang. Dia tidak sanggup melihat sahabatnya pergi. “Yaya,” panggilan Henry itu dibiarkan berlalu. “Aku sukakan kau Yaya. Maafkan aku,” serentak dengan itu angin bertiup deras hingga bergoyang pokok di hutan itu. Perlahan-lahan angin mula reda. Yaya berpaling. “Ery… sumpahan tu. Sumpahan itu dah hilang. Sumpahan itu sudah tamat. Terima kasih Ery.”pantas diterpa ke arah Henry yang masih terpinga-pinga. “Maksudnya, Yaya…” “Ya. Rupanya orang yang Yaya cintakan selama ini adalah Ery. Yaya cintakan Ery.” Henry memeluk Yaya erat. Dia tidak mahu lepaskan gadis itu pada orang lain. Tak akan. Mereka tersentak apabila terdengar jeritan Ratu Lara. Melihat tubuh Ryan yang terkulai di sisi Ratu Lara membuatkan mereka bertindak untuk menghampiri Ryan. “Ryan. Maafkan aku jika selama ni aku bukan kawan yang baik. Maafkan aku.” Henry menangis sambil memangku kepala Ryan. Deheman Ryan mengejutkan semua orang. “Aku belum mati lagi lah. Mungkin kamu dan Yaya pasangan terakhir aku satukan. Tak sangka,” gelengan kepala Ryan membuat mereka semua tersenyum. “Apalah kau ni. Apa-apa pun kita tetap kawan kan?” Anggukan daripada Ryan memberi kelegaan kepada semua. Rriuh hutan itu dengan gelak tawa mereka. Hingga harimau boleh tertanggal belang mendengar keriuhan mereka. 

tamat.

Thursday 26 April 2012

CERPEN : Puteri Bulu Hidung Mengurai part 1/2

Seperti biasa Yaya bangun begitu awal. Yaya turun mengambil angin taman di depan rumahnya.
            “Wahh… segarnya,”ujar Yaya dengan mata terpejam. Sedang enak mengambil angin Yaya berasa dirinya sedang diperhatikan. Yaya menoleh namun tiada sesiapa. Tiba-tiba sahaja bulu romanya menegak. Terus diangkat kakinya melangkah ke dalam rumah.

            “Kenapa Yaya lari macam nampak hantu ni?” tegur Elizabeth yang pelik melihat kelakuan anaknya. “Tak ada apalah mama. Cuma..erk.. Yaya rasa macam ada orang perhatikan Yaya,”
            “Ish. Takkanlah Yaya. Rumah kita kan jauh daripada jiran tetangga. Kamu kan tahu papa sengaja pilih rumah yang jauh setelah kamu dapat penyakit ni,” Elizabeth menggeleng kepala. Namun dalam hatinya bimbang akan anaknya. Dia harus berhati-hati.

            Yaya tersenyum kelat. Matanya masih berada dipagar rumahnya. Dia dipagut rasa bimbang. Nyawanya akan terancam jika sesiapa dapat tahu akan dirinya yang sebenar. Buat masa ini sudah 3 orang pembunuh upahan yang telah dihantar untuk mengambil nyawa Yaya.


Putera Henry terintai-intai disebalik pagar rumah tersebut. Sekali-sekala dahinya berkerut. Dia pelik apabila apa yang dilihat berbeza dengan khabar angin yang didengarnya. Kata pak ciknya, Robert disinilah Puteri bulu hidung mengurai tinggal tapi yang dilihat hanya gadis cantik yang sedang bermain di taman. Mungkin dia tersilap. “Mungkin esok aku akan cuba siasat lagi.”

            Putera Henry tidak dapat menunggu lebih lama. Putera Henry cuba pula pada malam hari. Dia musykil akan Yaya. Gadis cantik yang dikhabarkan seorang puteri bulu hidung mengurai. Mana mungkin.

            “Apa khabar mak cik? Dah lama tak jumpa mak cik.”

            “Owh. Henry! Macam mana kamu boleh tahu mak cik tinggal dekat sini? Mesti pak cik kamu yang beritahu. Hishh… Eh, masuklah dulu,” pelawa Elizabeth terus berlalu ke dapur. Putera Henry mengambil kesempatan untuk menjelajah sekitar rumah itu. Tiba-tiba matanya tertangkap pada satu gambar. Dia tersenyum sendiri. “Yaya.” Nama itu meluncur keluar daripada bibirnya.

            “Henry, kamu masih ingat Yaya?”

            “Mestilah mak cik. Henry kan selalu main dengan Yaya. Yaya mana mak cik?” Elizabeth tergamam. Bagaimana harus dia ceritakan tentang Yaya. Henry sepatutnya tahu benda ni. Meraka berkawan sejak kecil lagi. “Yaya.. Yaya.. a..ada dekat atas. Malam-malam dia takkan keluar daripada bilik. Dia lebih suka duduk dalam gelap.” Jelas Elizabeth diiringi dengan keluhan. Kenyataan Elizabeth tadi menimbulkan kerutan di dahi Putera Henry.

            “Tapi kenapa? Bukan ke Yaya bencikan gelap? Bukan apa mak cik. Dulu pun dia selalu marahkan Henry sebab tutup lampu. Katanya takut,” Henry ketawa kecil mengingatkan memorinya dengan Yaya. “ Memang takut pun. Malam-malam dia tidur dekat penjuru bilik. Tapi dia lebih takutkan diri dia sendiri. Kadang-kadang dia datang tidur bilik mak cik,” belum sempat Henry bertanya tiba-tiba terdengar suara orang merengek. “Mama…” Henry berpaling. Tergamam sebentar. ‘Mak oii! Hantu mana lak ni? Panjang gila bulu hidung dia.’

            Yaya terkejut melihat jejaka di hadapannya lalu bersembunyi di belakang Elizabeth. Malu tidak terkata apabila Putera Henry melihat akan keadaannya yang tidak sempurna itu. Terasa ingin menangis. Namun Yaya pelik akan kehadiran Henry setelah 3 tahun tidak bersemuka. Manakala Henry menelan air liur seolah-olah tidak percaya apa yang dilihatnya.

            “Siapa ni mak cik?” Tanya Henry. Yaya pula tergelak-gelak di belakang Elizabeth. Nampaknya dia memang hodoh hinggakan Henry pun tidak mengenalinya. “Erm.. ni Yaya. Henry mesti tak cam kan?” Elizabeth mengeluh. Henry mengerutkan dahinya. Mana mungkin ini Yaya. Jadi.. Yayalah Puteri Bulu Hidung Mengurai tu? Henry menggeleng kepala. Sesekali dia memegang kepalanya. “Ya. Ini Yaya, Ery. Ery terkejut apatah lagi Yaya. Yaya takut nak tengok diri Yaya sendiri.” Yaya mula sebak bercampur malu. Mana tidaknya. Bulu hidung yang mengurai kenapa tidak kuku panjang macam Cik Ponti?

            “Tapi kenapa Yaya? Macam mana bulu hidung kau… erk, maksud aku macam mana boleh jadi macam ni?”  Henry mula berasa aneh. “Duduklah dulu,mama pergi dapur dulu. Kamu terangkanlah dekat Henry ni.” Elizabeth tersenyum lalu meninggalkan mereka berdua.

            “Dulu. Sewaktu kau pergi tinggalkan aku sekeluarga. Aku cuba cari kau Henry. Iyalah, rakan karib aku tiba-tiba je pergi. aku sunyi sebab tak ada siapa yang nak kawan dengan aku.” Yaya menundukkan kepalanya. Sebak menerpa dirinya. “Sorry. Kau kan tahu aku pergi untuk belajar. Bila aku balik kau dah pindah. Itupun mujur aku jumpa papa kau,pak cik Robert,” Henry membalas.

            “Tak mengapa. Salah aku. Aku tak dapat terima kau pergi jauh daripada aku. Keesokan selepas kau pergi aku pergi ke pengkalan rahsia kita. Kemudian aku nampak ada serangga. Cantik sangat! Aku cuba ikut. Sedar tidak sedar aku sudah masuk kedalam hutan. Kau percaya atau tidak aku telah disumpah oleh Ratu Serangga iaitu Ratu Lara menjadi macam ni apabila malam. Dia sumpah aku sebab aku ganggu kawasan dia dengan anak buahnya.”

            “Mesti kau rasa benda ni tak logik kan? Selepas kejadian tu aku sedar aku berada di atas katil. Aku ingatkan aku bermimpi. Aku tak pedulikan semua tu. Kebetulan hari tu ada parti hari jadi Lilac. Sedang asyik aku berbual-bual dengan diorang. Tiba-tiba mereka menjarakkan diri daripada aku. Berlari bertempiaran. Aku mula berasa pelik. Aku pandang bawah aku tengok bulu hidung aku mengurai macam ni. Saat tu aku  tahu itu bukan mimpi tapi betul-betul sumpahan.”

            “Betul tu Henry. Mak cik dan pak cik pun terkejut. Hinggakan orang kampung cuba bunuh Yaya kerana membawa nasib malang. Hari tu, Lilac meninggal sebab kemalangan dengan lori. Mak dia tak dapat terima kenyataan lalu menuduh Yaya sebab Yaya orang terakhir berjumpa dengan Lilac.” Jelas Elizabeth sambil menatang air. Henry mengangguk faham.

            “Erk..Yaya. aku nak minta izin kau boleh?” Yaya mengerut, “Izin apa?” “Izinkan aku gelak. Hahaha..” Henry ketawa lucu melihat Yaya yang begitu buruk rupanya dengan bulu hidung yang mengurai. “Luculah beb. Boleh buat filem tahu tak?” Henry ketawa lagi dengan terguling-guling memegang perut sambil melakonkan watak hantu. Elizabeth ketawa kecil.

            “Mama. janganlah gelak sama. Tak sukalah macam ni,” Yaya mencebik. Henry meneruskan ketawanya yang masih bersisa. “Buruklah kau buat macam tu,” Elizabeth mengangguk mengiakan kata-kata Henry. Yaya mula berasa sebak. “Bukan aku yang minta nak jadi macam ni,” Elizabeth dan Henry berhenti ketawa. Bukan niat mereka untuk ketawakan Yaya.

            “Okeylah,macam ni. Esok Henry temankan Yaya pergi cari Ratu Serangga tu. Kita tak boleh tunggu lama. Tersilap langkah Yaya akan jadi macam ni selama-lamanya.” “Macam mana kamu tahu Ery?” Henry tersenyum-senyum. Sengaja menyepikan diri. Kelakuannya menimbulkan kegeraman dalam diri Yaya. Disebabkan terlalu ingin tahu bulu hidung Yaya mula melayang-layang seperti ditiup angin. Henry yang melihat kejadian tersebut terkejut. Dia berundur selangkah demi selangkah akhirnya dia mengalah apabila melihat Yaya persis hantu kelaparan.

            “Baiklah, baiklah aku cakap. Sebenarnya Uncle Robert yang beritahu Henry. Dia yang suruh Henry bantu Yaya. Dia cakap Yaya dalam bahaya.” Henry tersengih. “Oo. Maknanya kau dah lama tahu pasal aku. Tapi kenapa kau tak kenal aku tadi?” marah Yaya. “Memang tak kenal sebab muka buruk gila tu! Ingatkan biasa-biasa je bulu hidung mengurai.” Henry ketawa terguling sambil memegang perut.

            “Sudah-sudahlah tu Henry. Bila kamu berdua nak jumpa Ratu Serangga tu? Lagi lama kamu tangguh lagi parah Yaya.”
            “Henry rasa elok kita pergi esok. Subuh lagi kita bertolak,”ujar Henry serius diterima dengan anggukan Yaya.

Pagi itu awal-awal lagi Yaya menunggu di meja makan. Hatinya merungut apabila Henry lambat tiba. Bunyi loceng rumah ditekan membingitkan telinganya. ‘Takkan makcik tak dengar kot.’ Henry tekan sebanyak-banyaknya loceng. Terpaku sebentar Henry di hadapan pintu rumah melihat gadis yang membuka pintu untuknya. “Kau ni kenapa? Dah la lambat, tekan loceng pulak bertalu-talu. Hish!” Yaya mendengus keras. Henry tersenyum. “Jom kita gerak sekarang,”



__AppleRed__