Thursday 26 April 2012

CERPEN : Puteri Bulu Hidung Mengurai part 1/2

Seperti biasa Yaya bangun begitu awal. Yaya turun mengambil angin taman di depan rumahnya.
            “Wahh… segarnya,”ujar Yaya dengan mata terpejam. Sedang enak mengambil angin Yaya berasa dirinya sedang diperhatikan. Yaya menoleh namun tiada sesiapa. Tiba-tiba sahaja bulu romanya menegak. Terus diangkat kakinya melangkah ke dalam rumah.

            “Kenapa Yaya lari macam nampak hantu ni?” tegur Elizabeth yang pelik melihat kelakuan anaknya. “Tak ada apalah mama. Cuma..erk.. Yaya rasa macam ada orang perhatikan Yaya,”
            “Ish. Takkanlah Yaya. Rumah kita kan jauh daripada jiran tetangga. Kamu kan tahu papa sengaja pilih rumah yang jauh setelah kamu dapat penyakit ni,” Elizabeth menggeleng kepala. Namun dalam hatinya bimbang akan anaknya. Dia harus berhati-hati.

            Yaya tersenyum kelat. Matanya masih berada dipagar rumahnya. Dia dipagut rasa bimbang. Nyawanya akan terancam jika sesiapa dapat tahu akan dirinya yang sebenar. Buat masa ini sudah 3 orang pembunuh upahan yang telah dihantar untuk mengambil nyawa Yaya.


Putera Henry terintai-intai disebalik pagar rumah tersebut. Sekali-sekala dahinya berkerut. Dia pelik apabila apa yang dilihat berbeza dengan khabar angin yang didengarnya. Kata pak ciknya, Robert disinilah Puteri bulu hidung mengurai tinggal tapi yang dilihat hanya gadis cantik yang sedang bermain di taman. Mungkin dia tersilap. “Mungkin esok aku akan cuba siasat lagi.”

            Putera Henry tidak dapat menunggu lebih lama. Putera Henry cuba pula pada malam hari. Dia musykil akan Yaya. Gadis cantik yang dikhabarkan seorang puteri bulu hidung mengurai. Mana mungkin.

            “Apa khabar mak cik? Dah lama tak jumpa mak cik.”

            “Owh. Henry! Macam mana kamu boleh tahu mak cik tinggal dekat sini? Mesti pak cik kamu yang beritahu. Hishh… Eh, masuklah dulu,” pelawa Elizabeth terus berlalu ke dapur. Putera Henry mengambil kesempatan untuk menjelajah sekitar rumah itu. Tiba-tiba matanya tertangkap pada satu gambar. Dia tersenyum sendiri. “Yaya.” Nama itu meluncur keluar daripada bibirnya.

            “Henry, kamu masih ingat Yaya?”

            “Mestilah mak cik. Henry kan selalu main dengan Yaya. Yaya mana mak cik?” Elizabeth tergamam. Bagaimana harus dia ceritakan tentang Yaya. Henry sepatutnya tahu benda ni. Meraka berkawan sejak kecil lagi. “Yaya.. Yaya.. a..ada dekat atas. Malam-malam dia takkan keluar daripada bilik. Dia lebih suka duduk dalam gelap.” Jelas Elizabeth diiringi dengan keluhan. Kenyataan Elizabeth tadi menimbulkan kerutan di dahi Putera Henry.

            “Tapi kenapa? Bukan ke Yaya bencikan gelap? Bukan apa mak cik. Dulu pun dia selalu marahkan Henry sebab tutup lampu. Katanya takut,” Henry ketawa kecil mengingatkan memorinya dengan Yaya. “ Memang takut pun. Malam-malam dia tidur dekat penjuru bilik. Tapi dia lebih takutkan diri dia sendiri. Kadang-kadang dia datang tidur bilik mak cik,” belum sempat Henry bertanya tiba-tiba terdengar suara orang merengek. “Mama…” Henry berpaling. Tergamam sebentar. ‘Mak oii! Hantu mana lak ni? Panjang gila bulu hidung dia.’

            Yaya terkejut melihat jejaka di hadapannya lalu bersembunyi di belakang Elizabeth. Malu tidak terkata apabila Putera Henry melihat akan keadaannya yang tidak sempurna itu. Terasa ingin menangis. Namun Yaya pelik akan kehadiran Henry setelah 3 tahun tidak bersemuka. Manakala Henry menelan air liur seolah-olah tidak percaya apa yang dilihatnya.

            “Siapa ni mak cik?” Tanya Henry. Yaya pula tergelak-gelak di belakang Elizabeth. Nampaknya dia memang hodoh hinggakan Henry pun tidak mengenalinya. “Erm.. ni Yaya. Henry mesti tak cam kan?” Elizabeth mengeluh. Henry mengerutkan dahinya. Mana mungkin ini Yaya. Jadi.. Yayalah Puteri Bulu Hidung Mengurai tu? Henry menggeleng kepala. Sesekali dia memegang kepalanya. “Ya. Ini Yaya, Ery. Ery terkejut apatah lagi Yaya. Yaya takut nak tengok diri Yaya sendiri.” Yaya mula sebak bercampur malu. Mana tidaknya. Bulu hidung yang mengurai kenapa tidak kuku panjang macam Cik Ponti?

            “Tapi kenapa Yaya? Macam mana bulu hidung kau… erk, maksud aku macam mana boleh jadi macam ni?”  Henry mula berasa aneh. “Duduklah dulu,mama pergi dapur dulu. Kamu terangkanlah dekat Henry ni.” Elizabeth tersenyum lalu meninggalkan mereka berdua.

            “Dulu. Sewaktu kau pergi tinggalkan aku sekeluarga. Aku cuba cari kau Henry. Iyalah, rakan karib aku tiba-tiba je pergi. aku sunyi sebab tak ada siapa yang nak kawan dengan aku.” Yaya menundukkan kepalanya. Sebak menerpa dirinya. “Sorry. Kau kan tahu aku pergi untuk belajar. Bila aku balik kau dah pindah. Itupun mujur aku jumpa papa kau,pak cik Robert,” Henry membalas.

            “Tak mengapa. Salah aku. Aku tak dapat terima kau pergi jauh daripada aku. Keesokan selepas kau pergi aku pergi ke pengkalan rahsia kita. Kemudian aku nampak ada serangga. Cantik sangat! Aku cuba ikut. Sedar tidak sedar aku sudah masuk kedalam hutan. Kau percaya atau tidak aku telah disumpah oleh Ratu Serangga iaitu Ratu Lara menjadi macam ni apabila malam. Dia sumpah aku sebab aku ganggu kawasan dia dengan anak buahnya.”

            “Mesti kau rasa benda ni tak logik kan? Selepas kejadian tu aku sedar aku berada di atas katil. Aku ingatkan aku bermimpi. Aku tak pedulikan semua tu. Kebetulan hari tu ada parti hari jadi Lilac. Sedang asyik aku berbual-bual dengan diorang. Tiba-tiba mereka menjarakkan diri daripada aku. Berlari bertempiaran. Aku mula berasa pelik. Aku pandang bawah aku tengok bulu hidung aku mengurai macam ni. Saat tu aku  tahu itu bukan mimpi tapi betul-betul sumpahan.”

            “Betul tu Henry. Mak cik dan pak cik pun terkejut. Hinggakan orang kampung cuba bunuh Yaya kerana membawa nasib malang. Hari tu, Lilac meninggal sebab kemalangan dengan lori. Mak dia tak dapat terima kenyataan lalu menuduh Yaya sebab Yaya orang terakhir berjumpa dengan Lilac.” Jelas Elizabeth sambil menatang air. Henry mengangguk faham.

            “Erk..Yaya. aku nak minta izin kau boleh?” Yaya mengerut, “Izin apa?” “Izinkan aku gelak. Hahaha..” Henry ketawa lucu melihat Yaya yang begitu buruk rupanya dengan bulu hidung yang mengurai. “Luculah beb. Boleh buat filem tahu tak?” Henry ketawa lagi dengan terguling-guling memegang perut sambil melakonkan watak hantu. Elizabeth ketawa kecil.

            “Mama. janganlah gelak sama. Tak sukalah macam ni,” Yaya mencebik. Henry meneruskan ketawanya yang masih bersisa. “Buruklah kau buat macam tu,” Elizabeth mengangguk mengiakan kata-kata Henry. Yaya mula berasa sebak. “Bukan aku yang minta nak jadi macam ni,” Elizabeth dan Henry berhenti ketawa. Bukan niat mereka untuk ketawakan Yaya.

            “Okeylah,macam ni. Esok Henry temankan Yaya pergi cari Ratu Serangga tu. Kita tak boleh tunggu lama. Tersilap langkah Yaya akan jadi macam ni selama-lamanya.” “Macam mana kamu tahu Ery?” Henry tersenyum-senyum. Sengaja menyepikan diri. Kelakuannya menimbulkan kegeraman dalam diri Yaya. Disebabkan terlalu ingin tahu bulu hidung Yaya mula melayang-layang seperti ditiup angin. Henry yang melihat kejadian tersebut terkejut. Dia berundur selangkah demi selangkah akhirnya dia mengalah apabila melihat Yaya persis hantu kelaparan.

            “Baiklah, baiklah aku cakap. Sebenarnya Uncle Robert yang beritahu Henry. Dia yang suruh Henry bantu Yaya. Dia cakap Yaya dalam bahaya.” Henry tersengih. “Oo. Maknanya kau dah lama tahu pasal aku. Tapi kenapa kau tak kenal aku tadi?” marah Yaya. “Memang tak kenal sebab muka buruk gila tu! Ingatkan biasa-biasa je bulu hidung mengurai.” Henry ketawa terguling sambil memegang perut.

            “Sudah-sudahlah tu Henry. Bila kamu berdua nak jumpa Ratu Serangga tu? Lagi lama kamu tangguh lagi parah Yaya.”
            “Henry rasa elok kita pergi esok. Subuh lagi kita bertolak,”ujar Henry serius diterima dengan anggukan Yaya.

Pagi itu awal-awal lagi Yaya menunggu di meja makan. Hatinya merungut apabila Henry lambat tiba. Bunyi loceng rumah ditekan membingitkan telinganya. ‘Takkan makcik tak dengar kot.’ Henry tekan sebanyak-banyaknya loceng. Terpaku sebentar Henry di hadapan pintu rumah melihat gadis yang membuka pintu untuknya. “Kau ni kenapa? Dah la lambat, tekan loceng pulak bertalu-talu. Hish!” Yaya mendengus keras. Henry tersenyum. “Jom kita gerak sekarang,”



__AppleRed__

No comments:

Post a Comment