Thursday 25 April 2013

Tolong Saya...~

credit to: budakmaktab.blogspot.com


Pintu utama ditolak perlahan-lahan. Bunyi engsel pintu rumah lama menambahkan lagi rasa seram dalam diri Auni. Keadaan rumah yang sudah usang itu kadang-kala mematikan hasrat Auni untuk teruskan misi tapi mengenangkan cabaran yang perlu dilakukan Auni terpaksa. Dia bukanlah seorang yang berani tetapi pantang dicabar. Cabaran dia kali ini ialah mengambil gambar di setiap sudut yang ada dalam rumah usang tersebut.
                Laju sekali kaki Auni melangkah menuju ke satu bilik. Bilik itu seolah-olah menarik perhatiannya. Malangnya bilik itu berkunci. Kenapa pintu ni berkunci, bukankah rumah ni sudah lama tidak berpenghuni? Auni tertanya sendiri.  Auni biarkan persoalannya berlalu dibawa angin. Dum! Auni tersentak. Apakah? Dum! Kali ni bunyi itu semakin kuat kedengaran daripada bilik berkunci tadi. Ingin sahaja dia berlari ke arah bilik tersebut tapi tidak berani. Dia membawa kakinya ke ruang dapur. Rumah ini benar-benar usang bagi Auni hinggakan papn lantai sudah terhakis dimakan anai-anai. Tingkap dapur sudah dipenuhi dengan pokok-pokok dari semak belakang rumah.
                “Tolong saya.” Suara seorang perempuan meminta tolong mengejutkan Auni yang sedang mengambil gambar. ‘Ada orang duduk ke dalam rumah ni?’ Auni berbisik sendiri.
                “Tolong sayaa...” Suara itu kedengaran lagi. Auni tidak betah berada disitu lama-lama.  Suara itu semakin mendayu-dayu membuatkan Auni mengambil keputusan untuk keluar dari rumah usang itu.


“Auni, kau ni kenapa? Aku suruh kau pergi dan ambil gambar je kut. Itu pun tak boleh buat ke?” Syifa mula memarahi Auni. Auni terdiam. Dia hanya menunjukkan sekeping gambar yang berjaya diambil di ruang dapur.

“Aku tak sanggup la Fa. Kalau kau nak kau pergi sendiri. Memang aku pantang dicabar tapi cabaran kali ni aku tak boleh buat. Kau dendalah aku dengan benda-benda lain. Aku memang tak sanggup nak tempuhi cabaran kau kali ni.”
Syifa mengeluh. Kalau boleh memang dia nak pergi tapi ibunya tidak benarkan. Lagipun dia ada asma. Buatnya pengsan dalam rumah tu tiada siapa nak tolong. “Aku ingat... aku nak cuba pergi masuk dalam rumah tu la,” Auni terlopong.
“Eh, aku bergurau je. Kau janganlah pergi. Bahayalah, nanti ibu kau tahu macam mana? Aku jugak yang kena menjawab tahu tak?” tegah Auni. “Lagi satu, aku pelik. Salah satu bilik dalam rumah tu berkunci.”


                Keesokan petangnya Syifa berjaya menepis diri daripada soal jawab Puan Maria. Syifa memberi alasan bahawa dia keluar ke rumah Auni untuk buat tugasan. Syifa memandang sayu keadaan rumah usang itu.
“Rumah ni agak-agak siapa punya ya?” Syifa berkata-kata sendiri. Tanpa mempedulikan perkakas seram yang berada dalam rumah itu Syifa bergerak menuju ke sebuah bilik utama. Bilik itu tidak terhias dengan sebuah katil tapi hanyalah tilam usang yang sudah terkeluar spring. Nama pun rumah usang.
                Syifa tersenyum. Dia berjaya mengambil beberapa keping gambar.  Tinggal satu bilik sahaja yang belum dimasuki iaitu bilik berkunci yang didakwa oleh Auni. Syifa cuba memulas tombol pintu itu ternyata memang berkunci. Syifa pelik. Jika dilihat pada sebelah tombol pintu ada lubang dimana pintu tidak dapat dikunci menggunakan tombol. Syifa sudah berasa tidak selesa. Dia berpusing kebelakang tiba-tiba dia terkaku. Seorang perempuan yang begitu tidak sempurna wajahnya sedang tersenyum perlahan-lahan menghampiri Syifa. Syifa sudah tidak keruan. Syifa cuba keluar daripada rumah tersebut tapi malangnya pintu utama itu terkunci. Bagaimana boleh terkunci?
                “Pergi! Jangan ganggu aku, pergi!” Syifa menutup mukanya dan cuba menghalau perempuan itu menghampirinya. Tiba-tiba bahunya disentuh. Bertambah-tambah jeritan Syifa.
                “Weh, ni akulah Shah!” Syifa membuka matanya. Shah! Syifa menghela nafas lega.
                 “Shah, macam mana kau boleh ada kat sini? Bukan ke kau sepatutnya teman ibu pergi rumah Mak Nab?” soalan Syifa dibalas dengan senyuman.
                “Kakak janganlah banyak soal. Jom kita cuba masuk bilik ni.” Syifa cuma menurut kembarnya dengan perasaan tertanya-tanya. Ala, nanti-nanti pun boleh tanya.

Pelik. Kenapa Shah dapat membuka pintu bilik tu dengan senang? Syifa masuk terlebih dahulu berbanding Shah. Dia teruja ingin tahu apa yang ada dalam bilik tersebut hingga berkunci sebegitu. Terkejut bukan kepalang apabila melihat bilik itu terlalu kotor. Tali bergantungan seola-olah tempat hukuman gantung di penjara.
                “Erm, Shah.” Syifa berpaling untuk memanggil Shah namun tiada. Saat kakinya ingin melangkah keluar tiba-tiba pintu itu terkatup dengan sendiri. “Shah! Kau jangan main-main. Buka pintu ni,” marah Syifa.
                “Tolong saya.” Perbuatannya terhenti serta merta. Suara yang didengari Auni dulu bermain ditelinganya. Syifa berpaling. Tiada sesiapa. “Tolong sayaaaa...” lembut dan mendayu-dayu. Syifa memekup telinganya sambil menutup matanya kejap. Bila suara itu sudah tiada Syifa memuka mata perlahan. “Tolong saya!!” Alangkah terkejutnya Syifa bila wajah perempuan itu menerjah dengan suara yang kasar. Syifa menjerit lantas tidak sedarkan diri.

Shah berjalan mundar-mandir dihadapan rumah Mak Nab. Sejak petang tadi hatinya tidak tenteram memikirkan kembarnya. Sekarang sudah menginjak maghrib. “Ibu, Shah nak keluar pergi rumah Auni ye? Nak jumpa Syifa.” Usai bersalam dengan Mak Nab, Shah terus pergi ke rumah Auni. Kata orang kalau kembar ibarat cubit peha kiri, peha kanan terasa.
                Setibanya Shah dirumah Auni terus dia menyerang Auni dengan soalan yang bermain dibenaknya. Terkejutnya Shah apabila Auni mengatakan Syifa cuba pergi ke rumah usang tersebut. Shah nekad untuk mencari Syifa seusai sahaja solat maghrib.

Syifa membuka matanya perlahan. Suasana dekat luar hampir gelap. Hari sudah semakin tua. Syifa mencari perempuan tadi. Namun malang, sebelah tangannya terikat pada tali gantung tadi. Tapi kali ni tali tersebut tidak tergantung malah terikat pada tiang dipenjuru bilik. Kemas sekali ikatannya hingga sukar untuk pelajar taekwondo seperti Syifa lepaskan.
                “Syifa, tolong saya.” Kedengaran suara yang amat dikenalinya. Perempuan itu muncul lagi sekali tetapi dengan rupa paras yang elok. “Lia?” perempuan itu mengangguk perlahan dengan senyuman dibibir.
                “Awak nak apa? Kenapa ikat saya macam ni?”
                “Bukankah Syifa datang nak selamatkan Lia? Syifa cakap Syifa nak datang bawa pertolongan tapi kenapa baru sekarang Syifa sampai?” soal Lia dengan nada sedih. “Tolong?”
                “Ya! Tolong! Awak janji nak tolong saya.” Suara Lia yang tinggi mengejutkan Syifa. Tiba-tiba memorinya melintasi minda.

Jeritan seorang gadis remaja membingitkan telinga Syifa dan Shah. Celahan kayu rumah dilihat Lia sedang disebat menggunakan tali yang agak tebal. “Ayah, jangan buat Lia macam ni. Lia janji Lia akan dapat keputusan yang baik nanti.” Rayuan Lia tidak dihiraukan. Lia disebat hingga berdarah.
                Setelah ayah Lia berlalu Syifa dan Shah pantas mendapatkan Lia. Mereka berhubung melalui  tingkap bilik Lia. “Tolong saya. Saya dah tak kuat,” adu Lia.
                “Awak sabar ye? Saya dengan Shah akan cuba mendapatkan pertolongan. Kami takkan biarkan apa-apa terjadi pada awak,” janji mereka.

“Lia, saya minta maaf. Saya tak bermaksud nak tinggalkan awak begitu. Saya dengan Shah tertangkap sewaktu hendak keluar daripada kawasan rumah awak. Kami diugut kalau kami beritahu dekat polis, ayah awak akan buat awak lagi teruk,” terang Syifa dalam sendu. Lia menggeleng-geleng kepala.
                “Awak tipu Lia. Awak tipu. Berbulan saya tunggu. Sampailah ayah saya terpaksa hentikan persekolahan saya. Saya tak tahan, saya bunuh ayah saya sendiri. Awak paksa saya jadi macam ni!” terkejut Syifa sebaik sahaja Lia menamatkan kata-katanya matanya tertangkap pada sekujur tubuh yang kaku lagi berulat. Hidungnya mula berfungsi. Baunya yang busuk membuat Syifa mual. Syifa menjerit kuat bila melihatkan seorang gadis berbaju sekolah tergantung di siling bilik.

Shah dan Auni memandang perlakuan Ustaz Haris dengan sabar. Kalau diikutkan ingin sahaja mereka serbu masuk kedalam rumah usang tersebut mendapatkan Syifa. Usai sahaja Ustaz Haris lafaz Allahu Akbar kedengaran suara Syifa menjerit. Hampir semput mereka mendapatkan Syifa yang cuba mendapatkan oksigen. Auni menyuakan inhaller ke arah Syifa yang sudah sesak nafas. Sebaik sahaja dapat bernafas dengan baik terus sahaja Syifa memeluk Auni. Rasa bersalah menikam diri.
                Setengah jam menunggu, pihak polis akhirnya tiba. Pihak polis kesal kerana tiada siapa yang laporkan kejadian ni. Lagipun rumahnya jauh daripada kejiranan lain. Mereka perlahan-lahan meninggalkan rumah Lia. Begitu besar memori hari ni buat mereka. Syifa menceritakan hal tersebut kepada Shah. Ternyata Shah terkejut. Mukanya berubah riak. Perasaan bersalah menghempap dada. Shah dan Syifa tersenyum melihat seolah-olah Lia melambai mereka dari jauh.
                “Tapi... Weh, kau ada dekat sini pukul berapa?”soal Syifa.
                “Almost 9pm, why?” jawapan Shah mengejutkan Syifa. Jadi orang yang diingatkan Shah petang tadi tu siapa? Takkanlah...

No comments:

Post a Comment