Assalamualaikum
Aduhai lipas. Masih terbayang lagi memori penghuni S220 dan lipas. Bila diingatkan balik rasa lucu la pulak.
Dulu tertanya-tanya jugak kenapalah bilik ni selalu masuk lipas? Kotor sangat ke? Bila difikirkan balik maybe bilik kitorang bersebelahan dengan toilet. Dah nasib badan nak buat macam mana. Dapat kolej pun dah bersyukur.
Kat bawah ni pelakon-pelakon S220 2012 :
Kak yong
Kak chik(me)
Adik
Adik su
Dah kenal?hehehe… saja je tak bagi fullname. Hurmm…
Suatu hari kak yong ni nak tidur kat lantai. Katanya panas tidur kat atas. Kitorang pun “suka hati kak yong la. Janji bahagia”
Memang bahagia sssaangaatt la kak yong tidur dekat bawah. Nak tahu kenapa? Ehem, untung la kak yong boleh ber ‘dating’ dengan mr. Lips a.k.a lipas. Masa tu kitorang dah tidur, tinggal kak yong je duk dating.
Keesokannya, subuh time…
Kak chik yang comel bangun ( orang first bangun.ehem ) hehe. “Aikk, kak yong ! nape penyapu ni ada kat sebelah kak yong?”
Kak yong pun jawablah yang dia berperang dengan lipas semalam. Bukan seekor tapi dua ekor. Itulah, siapa suruh dating dengan mr. Lips kan bini dia dah buat serangan balas. Kekekeke~
Tapi kak yong tak serik uhhh… esoknya dia tidur lagi kat bawah. Lagi sekali kena serang. Ish3, kesian kak yong kan? lepas kejadian 2 malam tu, kak chik teman la dia tidur bawah. Yang peliknya, lipas tak ada kacau pulak. Lipasss semua takut dengan kak chik kot. Hehehe~
Oh ya, selepas kejadian Kak Yong dengan lipas-lipas tu. Dia keluar pergi date dengan buah hati pengarang jatungnya MKMR . So, adik , adik su dan kak chik pun plan la nak bagi hadiah dekat kak yong. Nak tahu hadiah apa? Tengok kat bawah ni..
![]() |
mr Lips + mrs Lips yang sudah keras. kak yong 'terharu' gila dengan hadiah kitorang. sampai merajuk sekejap. wahaha. kat sebelah tu duit 'seposen' balance beli nasi =P |
Tapi kitorang tak ada la kejam sangat. kan kan kan? hehehe~
AppleRed says : bukan lipas je yang masuk dalam bilik. kelawar, kucing, kupu-kupu pun pernah masuk. dah macam zoo pulak bilik ni. huhuhuhu~
miss this moments, seriously :')
ReplyDelete