
Saturday, 27 July 2013
Let's be Friend till Jannah

Wednesday, 12 June 2013
Suka Duka Semester 5

Thursday, 25 April 2013
Tolong Saya...~
credit to: budakmaktab.blogspot.com |
Pintu utama ditolak perlahan-lahan. Bunyi engsel pintu rumah lama menambahkan lagi rasa seram dalam diri Auni. Keadaan rumah yang sudah usang itu kadang-kala mematikan hasrat Auni untuk teruskan misi tapi mengenangkan cabaran yang perlu dilakukan Auni terpaksa. Dia bukanlah seorang yang berani tetapi pantang dicabar. Cabaran dia kali ini ialah mengambil gambar di setiap sudut yang ada dalam rumah usang tersebut.
Laju sekali kaki Auni melangkah menuju ke
satu bilik. Bilik itu seolah-olah menarik perhatiannya. Malangnya bilik itu
berkunci. Kenapa pintu ni berkunci, bukankah rumah ni sudah lama tidak berpenghuni?
Auni tertanya sendiri. Auni biarkan
persoalannya berlalu dibawa angin. Dum! Auni tersentak. Apakah? Dum! Kali ni
bunyi itu semakin kuat kedengaran daripada bilik berkunci tadi. Ingin sahaja
dia berlari ke arah bilik tersebut tapi tidak berani. Dia membawa kakinya ke
ruang dapur. Rumah ini benar-benar usang bagi Auni hinggakan papn lantai sudah
terhakis dimakan anai-anai. Tingkap dapur sudah dipenuhi dengan pokok-pokok
dari semak belakang rumah.
“Tolong saya.” Suara seorang perempuan
meminta tolong mengejutkan Auni yang sedang mengambil gambar. ‘Ada orang duduk
ke dalam rumah ni?’ Auni berbisik sendiri.
“Tolong sayaa...” Suara itu
kedengaran lagi. Auni tidak betah berada disitu lama-lama. Suara itu semakin mendayu-dayu membuatkan
Auni mengambil keputusan untuk keluar dari rumah usang itu.
“Auni, kau ni
kenapa? Aku suruh kau pergi dan ambil gambar je kut. Itu pun tak boleh buat ke?”
Syifa mula memarahi Auni. Auni terdiam. Dia hanya menunjukkan sekeping gambar
yang berjaya diambil di ruang dapur.
“Aku tak sanggup
la Fa. Kalau kau nak kau pergi sendiri. Memang aku pantang dicabar tapi cabaran
kali ni aku tak boleh buat. Kau dendalah aku dengan benda-benda lain. Aku
memang tak sanggup nak tempuhi cabaran kau kali ni.”
Syifa mengeluh.
Kalau boleh memang dia nak pergi tapi ibunya tidak benarkan. Lagipun dia ada
asma. Buatnya pengsan dalam rumah tu tiada siapa nak tolong. “Aku ingat... aku
nak cuba pergi masuk dalam rumah tu la,” Auni terlopong.
“Eh, aku bergurau
je. Kau janganlah pergi. Bahayalah, nanti ibu kau tahu macam mana? Aku jugak
yang kena menjawab tahu tak?” tegah Auni. “Lagi satu, aku pelik. Salah satu
bilik dalam rumah tu berkunci.”
Keesokan petangnya Syifa berjaya
menepis diri daripada soal jawab Puan Maria. Syifa memberi alasan bahawa dia
keluar ke rumah Auni untuk buat tugasan. Syifa memandang sayu keadaan rumah
usang itu.
“Rumah ni
agak-agak siapa punya ya?” Syifa berkata-kata sendiri. Tanpa mempedulikan
perkakas seram yang berada dalam rumah itu Syifa bergerak menuju ke sebuah
bilik utama. Bilik itu tidak terhias dengan sebuah katil tapi hanyalah tilam
usang yang sudah terkeluar spring. Nama pun rumah usang.
Syifa tersenyum. Dia berjaya
mengambil beberapa keping gambar. Tinggal
satu bilik sahaja yang belum dimasuki iaitu bilik berkunci yang didakwa oleh
Auni. Syifa cuba memulas tombol pintu itu ternyata memang berkunci. Syifa
pelik. Jika dilihat pada sebelah tombol pintu ada lubang dimana pintu tidak
dapat dikunci menggunakan tombol. Syifa sudah berasa tidak selesa. Dia
berpusing kebelakang tiba-tiba dia terkaku. Seorang perempuan yang begitu tidak
sempurna wajahnya sedang tersenyum perlahan-lahan menghampiri Syifa. Syifa
sudah tidak keruan. Syifa cuba keluar daripada rumah tersebut tapi malangnya
pintu utama itu terkunci. Bagaimana boleh terkunci?
“Pergi! Jangan ganggu aku,
pergi!” Syifa menutup mukanya dan cuba menghalau perempuan itu menghampirinya. Tiba-tiba
bahunya disentuh. Bertambah-tambah jeritan Syifa.
“Weh, ni akulah Shah!” Syifa
membuka matanya. Shah! Syifa menghela nafas lega.
“Shah, macam mana kau boleh ada kat sini? Bukan
ke kau sepatutnya teman ibu pergi rumah Mak Nab?” soalan Syifa dibalas dengan
senyuman.
“Kakak janganlah banyak soal. Jom
kita cuba masuk bilik ni.” Syifa cuma menurut kembarnya dengan perasaan
tertanya-tanya. Ala, nanti-nanti pun boleh tanya.
Pelik. Kenapa Shah
dapat membuka pintu bilik tu dengan senang? Syifa masuk terlebih dahulu
berbanding Shah. Dia teruja ingin tahu apa yang ada dalam bilik tersebut hingga
berkunci sebegitu. Terkejut bukan kepalang apabila melihat bilik itu terlalu
kotor. Tali bergantungan seola-olah tempat hukuman gantung di penjara.
“Erm, Shah.” Syifa berpaling
untuk memanggil Shah namun tiada. Saat kakinya ingin melangkah keluar tiba-tiba
pintu itu terkatup dengan sendiri. “Shah! Kau jangan main-main. Buka pintu ni,”
marah Syifa.
“Tolong saya.” Perbuatannya
terhenti serta merta. Suara yang didengari Auni dulu bermain ditelinganya.
Syifa berpaling. Tiada sesiapa. “Tolong sayaaaa...” lembut dan mendayu-dayu.
Syifa memekup telinganya sambil menutup matanya kejap. Bila suara itu sudah tiada
Syifa memuka mata perlahan. “Tolong saya!!” Alangkah terkejutnya Syifa bila
wajah perempuan itu menerjah dengan suara yang kasar. Syifa menjerit lantas
tidak sedarkan diri.
Shah berjalan
mundar-mandir dihadapan rumah Mak Nab. Sejak petang tadi hatinya tidak tenteram
memikirkan kembarnya. Sekarang sudah menginjak maghrib. “Ibu, Shah nak keluar
pergi rumah Auni ye? Nak jumpa Syifa.” Usai bersalam dengan Mak Nab, Shah terus
pergi ke rumah Auni. Kata orang kalau kembar ibarat cubit peha kiri, peha kanan
terasa.
Setibanya Shah dirumah Auni
terus dia menyerang Auni dengan soalan yang bermain dibenaknya. Terkejutnya Shah
apabila Auni mengatakan Syifa cuba pergi ke rumah usang tersebut. Shah nekad
untuk mencari Syifa seusai sahaja solat maghrib.
Syifa membuka
matanya perlahan. Suasana dekat luar hampir gelap. Hari sudah semakin tua.
Syifa mencari perempuan tadi. Namun malang, sebelah tangannya terikat pada tali
gantung tadi. Tapi kali ni tali tersebut tidak tergantung malah terikat pada
tiang dipenjuru bilik. Kemas sekali ikatannya hingga sukar untuk pelajar
taekwondo seperti Syifa lepaskan.
“Syifa, tolong saya.” Kedengaran
suara yang amat dikenalinya. Perempuan itu muncul lagi sekali tetapi dengan rupa
paras yang elok. “Lia?” perempuan itu mengangguk perlahan dengan senyuman
dibibir.
“Awak nak apa? Kenapa ikat saya
macam ni?”
“Bukankah Syifa datang nak
selamatkan Lia? Syifa cakap Syifa nak datang bawa pertolongan tapi kenapa baru
sekarang Syifa sampai?” soal Lia dengan nada sedih. “Tolong?”
“Ya! Tolong! Awak janji nak
tolong saya.” Suara Lia yang tinggi mengejutkan Syifa. Tiba-tiba memorinya
melintasi minda.
Jeritan seorang
gadis remaja membingitkan telinga Syifa dan Shah. Celahan kayu rumah dilihat
Lia sedang disebat menggunakan tali yang agak tebal. “Ayah, jangan buat Lia
macam ni. Lia janji Lia akan dapat keputusan yang baik nanti.” Rayuan Lia tidak
dihiraukan. Lia disebat hingga berdarah.
Setelah ayah Lia berlalu Syifa
dan Shah pantas mendapatkan Lia. Mereka berhubung melalui tingkap bilik Lia. “Tolong saya. Saya dah tak
kuat,” adu Lia.
“Awak sabar ye? Saya dengan Shah
akan cuba mendapatkan pertolongan. Kami takkan biarkan apa-apa terjadi pada
awak,” janji mereka.
“Lia, saya minta
maaf. Saya tak bermaksud nak tinggalkan awak begitu. Saya dengan Shah
tertangkap sewaktu hendak keluar daripada kawasan rumah awak. Kami diugut kalau
kami beritahu dekat polis, ayah awak akan buat awak lagi teruk,” terang Syifa
dalam sendu. Lia menggeleng-geleng kepala.
“Awak tipu Lia. Awak tipu. Berbulan
saya tunggu. Sampailah ayah saya terpaksa hentikan persekolahan saya. Saya tak
tahan, saya bunuh ayah saya sendiri. Awak paksa saya jadi macam ni!” terkejut
Syifa sebaik sahaja Lia menamatkan kata-katanya matanya tertangkap pada sekujur
tubuh yang kaku lagi berulat. Hidungnya mula berfungsi. Baunya yang busuk
membuat Syifa mual. Syifa menjerit kuat bila melihatkan seorang gadis berbaju
sekolah tergantung di siling bilik.
Shah dan Auni
memandang perlakuan Ustaz Haris dengan sabar. Kalau diikutkan ingin sahaja mereka
serbu masuk kedalam rumah usang tersebut mendapatkan Syifa. Usai sahaja Ustaz
Haris lafaz Allahu Akbar kedengaran suara Syifa menjerit. Hampir semput mereka
mendapatkan Syifa yang cuba mendapatkan oksigen. Auni menyuakan inhaller ke
arah Syifa yang sudah sesak nafas. Sebaik sahaja dapat bernafas dengan baik
terus sahaja Syifa memeluk Auni. Rasa bersalah menikam diri.
Setengah jam menunggu, pihak
polis akhirnya tiba. Pihak polis kesal kerana tiada siapa yang laporkan
kejadian ni. Lagipun rumahnya jauh daripada kejiranan lain. Mereka perlahan-lahan
meninggalkan rumah Lia. Begitu besar memori hari ni buat mereka. Syifa
menceritakan hal tersebut kepada Shah. Ternyata Shah terkejut. Mukanya berubah
riak. Perasaan bersalah menghempap dada. Shah dan Syifa tersenyum melihat
seolah-olah Lia melambai mereka dari jauh.
“Tapi... Weh, kau ada dekat sini
pukul berapa?”soal Syifa.
“Almost 9pm, why?” jawapan Shah
mengejutkan Syifa. Jadi orang yang diingatkan Shah petang tadi tu siapa? Takkanlah...
Monday, 22 April 2013
you are not alone.
Assalamualaikum...
Entry kali ni pasal kesunyian? Apa yang korang faham tentang sunyi?
sunyi bila tiada orang dekat rumah? bila tak ada orang nak berkawan? atau sebab tiada teman wanita/lelaki?
SENYUM
Sebenarnya hidup kita tak pernah berasa sunyi. Hati kita tidak sempat berasa sunyi.
Sometime, member pernah tegur aifa. "Kau tak bosan ke tak ada partner. Try la cari."
Oh my... i just can smile.
Sudah bertahun lama saya hidup biarpun tiada partner i cant said that i'm bored.
(opss, tipu! pernah cakap bosan bila tak ada kerja :p but not always)
Hal ini kerana saya sedar akan sesuatu perkara.
Selagi kita ingat akan Allah swt. Insyaa Allah kita tak akan pernah rasa kesunyian.
Sesungguhnya sukar bagi aifa untuk bercinta. Takut. Bukannya takut dilukai tapi takut jika bercinta bagai nak rak tapi dia bukan jodoh kita. Bagaimana perasaan bakal imamku bila aku pernah menabur kasih dan sayang pada lelaki lain? Nauzubillah...
Pernah sesekali aifa terfikir. Kenapalah aku terima untuk couple (kononnya) dengan dia then tak sampai sebulan aifa minta putus?
Bukan kerana hendak mainkan hati dan perasaan dia. Tidak sama sekali.
Seperti aifa katakan, aifa takut.
Alhamdulillah
Allah masih sayangkan diri ini.
Tapi, aifa tak elakkan diri daripada berkawan. Kata orang berkawan biar beribu. Berkasih cuma satu.
Aifa punyai sahabat bernama Alyaa.
Kadang terasa malu dengannya.
Aku dengannya mungkin kelihatan tidak terlalu rapat tapi kami sama-sama berkongsi cerita.
Walaupun sedikit namun kami memahami antara sesama.
Rahsiaku ditangannya. Aku malu. Kami bukannya teman rapat. Tapi hanyalah teman di bangku persekolahan.
Pertemuan kami di uitm membuatkan kami mudah bertukar cerita.
Namun aku percaya pada Alyaa.
Kalau tak percayakan orang buat apa kongsi rahsia, bukan?
=)
Sunyi tak bermakna kita perlu bercinta right?
Jika aifa sukakan seseorang, aifa cuma doakan supaya didekatkan hati kami. Itupun, jika benar ada jodoh diantara kami. Insyaa Allah.
:')
appleRed said : janganlah bila sunyi je baru nak ingat Allah. Waktu gembira juga ingatlah Allah. Kerana Allah Maha Segalanya.
Saturday, 20 April 2013
Misi-Epal Cinta
Kaki
dihayun dengan pantas. Sesekali dilihat jam di tangannya yang menginjak jam 7
petang. Gara-gara menyiapkan lakaran epal dia sudah terlambat tiba di rumahnya.
Terkejut bukan kepalang bila terpandang wajah ‘singa’ mak longnya.
“Nureen ! Mana kamu pergi? Aku suruh
kau balik sebelum pukul 5 kan? Kau memang degil. Minggu depan aku nak kau
sambung belajar dekat kolej. Tak ada maknanya nak sambung tingkatan enam.
Semakin lama kau ada dekat sini makin susah hidup aku.” Nureen mencebik bila
Mak Som membelakanginya. “Ada aku kisah?” balas Nureen perlahan lalu menarik
kakinya masuk kedalam bilik. Haish,siapalah gerangan Mr Apple yang bakal
menghiasi hati ni. Nureen tersenyum sendiri. ‘Siapa dia?’
“Mak
long…” Nureen merengek. “Dah, jangan nak mengada-ngada. Kat sana nanti kau
duduk dengan daddy kamu tu. Biar dia rasa pula jaga anak dia yang degil, manja
dan entah apa-apa ni,” bebel Mak Som dalam diam berasa sedih bila terpaksa
berpisah dengan anak saudaranya. Walaupun Nureen seorang yang degil dan manja
dialah satu-satunya anak saudara yang paling dia sayang.
“Nureen sayang. Jom kita bertolak
sekarang. Nanti lewat pula kamu daftar.” Tuan Murad cuba memujuk anaknya.
“Nanti bila dah cuti semester Reen pergilah jenguk mak long ya?” melihat Nureen
yang senyap Tuan Murad mengusap kepala anaknya. Betapa rindunya dia kepada
Nureen.
Teragak-agak
Nureen melangkah kakinya di kolej barunya. Dia berasa seolah-olah semua
perhatikannya. Apa yang tak kena? Baju aku koyak ke? Nureen membelek badannya.
Tak ada pun. Tanpa menghiraukan orang sekeliling dengan laju Nureen berjalan
mencari kelas dan tiba-tiba Nureen berasa badannya tertolak lantas kepalanya
terhantuk pada besi tangga. “Argh.. Daddy, sakit.” Aduh Nureen.
“Huh, cengeng. Terhantuk sikit dah
nak menangis,” terlopong Nureen melihat hamba Allah dihadapannya. ‘ Wah,
indahnya ciptaan Allah SWT ’ hilang sudah sakitnya. “ I love you,” tidak semena-mena
Nureen mengungkap 3 kata tersebut. Adam memandang jelek. “Eh, kau ni buang
tebiat ke apa?” Adam terus berlalu pergi. ‘Sewel.’
“Hai, you student baru dekat sini
ke? Sebab I macam tak pernah nampak,” Nureen mendongak. Gadis itu membantu
Nureen berdiri. “ Ha’ah. Saya baru je daftar hari ni. I’m Nureen just call me
Reen, you?” “ Hanim,” selepas bertukar-tukar senyuman Nureen teringat akan
sesuatu.
“Hanim, awak kenal tak jejaka yang
langgar saya tadi?”
“Oh, maksud Reen anak pengerusi tu?
Itulah Tengku Adam Haikal bin Tengku Arsyad. Orang yang pendiam tapi nakal.
Ramai dah yang cuba dekat dengan dia tapi dia boleh buat bodoh. Kitorang dah
bengang dengan dia. Tapi disebabkan dia best student kenalah buat baik kan.”
Nureen mula tersenyum sendiri. “Maksudnya, dia belum berpunyalah? Yess!”
“Belum, eh? Tapi dengar khabar dia
dah ditunangkan sejak kecil !” Nureen mengendahkan kata-kata Hanim. Demi
cintanya pada Tengku Adam dia harus lakukan sesuatu. Chaiyok !
Sejak
semalam mimpinya terganggu dengan bayangan Tengku Adam. “ Ini tidak boleh
dibiarkan. Berusahalah Nureen ! Berusaha!”
jerit Nureen hingga menarik perhatian penghuni kolej. “Ops,” Nureen
tersengih-sengih.
Laju saja kaki Nureen menyaingi
langkah Tengku Adam. “Awak, tunggu la. Saya ada benda nak bagi dekat awak.”
“Kau nak apa ? Tak puas kena hantuk kat pagar besi tu?” soalan Tengku Adam
dijawab Nureen dengan senyuman.
“Nah. Aishiteru.” Nureen meletakkan
epal di atas tangan Tengku Adam. Nureen membuat bentuk hati dengan meletakkan
tangan di atas kepala lantas berlari pergi. Terkebil-kebil Tengku Adam melihat
epal di tangannya. “Huh! Macam ni ke perempuan sekarang?” Tengku Adam menyoal
dirinya sendiri lantas menggigit epal ‘cinta’ Nureen.
Hati
Nureen berbunga bila melihat epal pemberiannya digigit Tengku Adam. Nureen
sekali lagi mencuba nasibnya. Kali ini diletakkan pula di atas kek cawan. Tuan
Murad hanya menggelengkan kepala melihat anaknya yang angau. “Nureen, kamu ni
sihat ke tidak?” pertanyaan Tuan Murad berlalu disapa angin. Melihatkan Nureen yang
tidak menjawab soalannya terus Tuan Murad mencuit badan anaknya.
“I love you, epal !” latah Nureen
menimbulkan tawa Tuan Murad.
“Jadi inilah sebab anak manja daddy
ni asyik berangan ye? Beritahu daddy siapa,”
“Alah daddy ni. Seganla Reeen.” Tuan
Murad tersenyum.
“Tapi Reen kena ingat. Jangan sampai
betul-betul jatuh cinta dengan ‘epal’ Reen tu. Reen kan sudah ada yang
menanti,” Tuan Murad sempat mengusap kepala anaknya sebelum berlalu. Nureen
terkedu bila teringat akan mamat poyo yang menanti. Eeww.
Tidak sabar Nureen ingin menamatkan
kelasnya. Dia perlu berjumpa dengan Tengku Adam. Belum sempat dia berlari
tangannya ditarik oleh seseorang. “Hei, ni akulah Adam. Hari ni aku nak kau
berlakon jadi makwe aku. Tolong aku kali ni,” berkerut dahi Nureen mendengar
permintaan Tengku Adam. Namun hatinya tetap berkata ‘anything for you my dear.’
“Sayang, you cakap nak bagi I
hadiah. Sayang nak bagi apa?” terlopong Nureen. Tapi bila menyedari mata Adam
yang mampu mencucuk itu dimaniskan muka. “Baby ni, tak sabar betul la. Anyway
siapa perempuan ni? Scandal you ek?” Nureen membuat muka cemberut.
“A..Adam ! Siapa perempuan ni? Sejak
bila you menggatal dengan perempuan hah?” Nadia mula mengasak dengan soalan.
“Baby, sampai hati baby tak kenalkan sayang. Hai awak saya Nur, tunang Tengku
Adam.” Salam Nureen tidak bersambut malah ditepis oleh Nadia yang sudah berlalu
pergi.
“Baby… Tengok perempuan tu,”
“Hey, sudahlah nak berlakon. Aku nak
kau beritahu aku dari mana kau tahu tunang aku nama Nur?”
“Tun..tunang. Jadi betullah awak dah
bertunang ye? Saya tak tahu. Nur tu memang nama saya. Nama saya Nureen Cazlyn.
Ada yang panggil Reen, dan ada juga yang panggil Nur. Saya tak kisah. Semua tu
nama saya.” Jelas Nureen panjang lebar. Belum sempat Tengku Adam berlalu Nureen
menghadiahkan epal yang diletakkan ditengah-tengah anak patung beruang. Comel.
“Sarang hae ul” jerit Nureen lantas berlalu pergi. Tengku Adam tersenyum.
‘Arghh, jangan sesekali kau cuba jatuh hati.’ Jerit hatinya.
Gedebuk
! “Sorry. Saya tak sengaja.” Kelam-kabut Nureen membetulkan bajunya yang
renyuk. “Tak apa, saya yang salah. Jalan tak tengok depan. Oh ya, saya Cazlan.
Awak pelajar baru dekat sini kan?” Nureen mengangguk sambil tersenyum manis.
“Yes. Saya Nureen. Got to go. Someone was waiting for me. Bye,” langkah Nureen
terpaku dan seraya berpaling.
“Macam pernah tengok la awak ni,”
Cazlan cuba menahan tawa. “Mana boleh tak pernah nampak adik oi !” jerit Cazlan
lalu menarik lembut pipi Nureen.
“Abang! Bila abang balik kl?
Sampai hati kenakan adik macam ni.” Nureen memeluk erat abangnya. “Okaylah
abang. Nanti Reen balik kita borak lagi eh. Reen banyak kerja ni. Jangan tanya
kerja apa. Bye bye,” Cazlan hanya menggeleng melihat Nureen yang berlari-lari
mendapatkan Tengku Adam.
“Hai awak ! Cuba teka hadiah apa.”
Nureen cuba berteka-teki. “Epal la tu,” gumam Tengku Adam. “Yay ! Pandai awak
teka.” Kali ni Nureen meletakkan epal di dalam jambangan bunga.
“Kalau dah hari-hari epal tak payah
teka pun dah tahu. Kau ni dah tak ada kerja lain ke? For your information, I
just love my fiance. My fiance only! So, stay away from me. Jangan cuba muncul
depan aku lagi. Faham?” Nureen terkedu melihat Tengku Adam. Tiba-tiba je terasa
sebak. Tapi dia takkan berputus asa. ‘Tunang sendiri pun tak pernah jumpa. Aku
pun ada la cuma mamat tu dah tak pedulikan aku.’
Seperti
biasa Tengku Adam menerima epal daripada Nureen cuma yang berbeza epal itu
diwakilkan menerusi Cazlan. Apabila terserempak dengan Nureen dengan pantas
Nureen mengelak. Tengku Adam tersenyum sinis. “Akhirnya kau faham jugak wahai
Miss Epal.” Cazlan yang berada disebelah Tengku Adam berpura-pura tidak dengar.
“Erk. Kau dah jumpa belum adik aku
merangkap tunang kau?” Tengku Adam terkejut. “Nur dah balik ke? Aduh, mana aku
nak lari.”
“Hari tu bukan main kau cakap
cintakan tunang la. Ni nak lari pulak. Apa kes ni?”
“Takkan tak tahu. Aku dengan dia
mana pernah sebulu. Sorry Caz tapi aku tetap nak cakap yang adik kau tu perasan
bagus dah la comot. Bla bla..” Cazlan tersenyum lantas menggeleng kepala. ‘sama-sama
keras kepala.’
Misi epal Nureen hari ni dicucuk
epal dengan lidi. Dibuatnya ala-ala sate. “I love you Tengku Adam !!” jerit
Nureen. “Awak, saya tak tahan la nak lari daripada awak. Sakit hati ni.
Terimalah cinta daripada Reen.” Dengan gembira Nureen mengeluarkan sate epalnya.
Dari jauh terdapat sepasang mata yang penuh dengan api cemburu melihat
kemesraan Tengku Adam dengan Nureen Cazlin.
“Hello ! Aku ingat kau dah faham
bahasa. Aku tak nak kau muncul depan aku lagi si Hodoh !” ujar Tengku Adam satu
persatu. Kali ni Nureen betul-betul sebak. Dia bencikan perkataan tu.
Mengingatkan dia pada tunangnya. “Am…” ujar Nureen perlahan namun tetap dapat
didengari oleh Tengku Adam. Sempat Tengku Adam memaut tangan Nureen daripada
berlalu.
“Nama apa kau sebut tadi?”
“Lepaskan saya! Am bodoh, jahat!”
hambur Nureen sebelum berlari pergi bersama air mata.
“Am? Arghh!” kusut Tengku Adam
memikirkan Nureen. Bermacam-macam persoalan di benaknya.
Tengku
Adam tak nak tengok mukanya yang hodoh. Dia malu. Hari ni Nureen terpaksa
pulang sendiri. Keretanya rosak Tuan Murad pula outstation ada abang asyik
melekat dengan Tengku Adam. Entah mengapa hatinya berat untuk membenci Tengku
Adam. Sedang Nureen berjalan tiba-tiba sebuah kereta sedang meluncur laju ke
arahnya tapi mujur sahaja dia sempat mengelak. “Tak nampak ke orang tengah
jalan? Kereta pun sama je bodoh.” Nureen cuba bangun namun gagal. Dia cuba
bangun dengan berpaut pada batang pokok. Sakit di kaki ditahan cuma. Dia perlu
segera pulang kerumah. Risau akan bebelan Cazlan yang melebihi Mak Longnya.
“Reen !” pintu bilik Nureen diketuk
bertalu-talu. ‘Budak ni hidup lagi ke?’ Tanpa jawapan daripada Nureen Cazlan
terus memasuki bilik Nureen. Geram melihat Nureen yang masih terbungkam atas
katil dengan tubuh diselimut penuh. “Nureen, bangun cepat. Baru kena kutuk
dengan Adam sikit dah nak merajuk. Cepat cepat !” dengan pantas Cazlan menarik
selimut Nureen. Terkejut bukan kepalang melihat Nureen yang pucat. Peluh mula
menghiasi dahi Cazlan. Tidak tahu buat apa.
“Ab..bang Caz? Tolong Reen. Tolong
bagikan epal yang dalam peti kat Adam. Nureen tak larat,” ujar Nureen
menimbulkan garisan halus di dahi Cazlan. “Hish budak ni. Macam-macam betul tak
padan dengan sakit. Nanti makan ubat tau? Abang nak pergi kolej dulu.” Cazlan
tersengih.
Mata
Tengku Adam meliar seolah-olah mencari sesuatu. Pelik bila matanya tidak berjaya
menangkap bayangan Nureen. Epal pun diterima daripada Cazlan. Selalunya ada
saja menyorok berdekatan dengan Cazlan.
Tiba-tiba hatinya mula gelisah memikirkan hubungan Nureen dan Cazlan. Bagaimana
Nureen bagi dekat Cazlan? Tengku Adam menggelengkan kepala. Buat apa dia
sibukkan diri tentang hal mereka? Tengku Adam mengeluh.
Berkerut dahi Cazlan melihat
perangai Tengku Adam dan Nureen. Adakah mereka belum kenal? Cazlan menghela
nafas berat. Dia perlu lakukan sesuatu. Cazlan tersenyum melihat Tengku Adam
menuju ke arahnya. Idea sudah datang !
“Weh, apasal tiba-tiba kau ajak aku
pergi rumah kau? Tak sedap hati la.” Cazlan mengjungkit kening. Seolah-olah tidak
faham.
“Ehem, bukan apa. Aku takut Nur
serang aku je. Bukan ke kau cakap dia ada kat sini sekarang?”
“Oh,pasal tu je ke? Tak ada apalah.
Kau tolong panggilkan Nureen eh Nur dekat atas. Dah tengah hari ni takkan tak
nak bangun lagi,” suruh Cazlan sambil menggeleng kepala. Mata Tengku Adam
membulat. “Ada ke patut suruh aku. Dah la tengah hari buta tak bangun lagi.
Anak dara apa la budak ni,” Tengku Adam merungut dengan langkah kakinya yang
malas. Tercari-cari Tengku Adam bilik Nureen. Matanya tertangkap pada papan
tanda depan bilik yang berwarna merah jambu. Tengku Adam yakin itu pasti bilik
Nur lalu diketuk bertalu-talu. Sengaja ingin mengundang kemarahan gadis itu.
“Ish… Apa abang Caz ni main
ketuk-ketuk pulak. Orang tak larat la, masuk aje,” balas Nureen dengan suara
yang lemah. Tengku Adam mengekek depan pintu. Amboi, tunggu la kau.
Perlahan-lahan Tengku Adam memulas tombol pintu. Dilihat seseorang sedang
membungkus dalam selimut. Tak panas ke? Dah la air-cond tak bukak. Tengku Adam
membebel dalam hati.
Dengan kasar Tengku Adam menarik
selimut yang membaluti tubuh Nureen lalu menjerit di tepi telinga Nureen.
“Bangun la mak cik !!!” Nureen terkejut lalu bingkas bangun apabila terdengar
suara yang kuat di tepi telinganya.
“Abang ni janga…” belum sempat Nureen
menghabiskan ayat masing-masing terlopong.
“ Awak ??” soal mereka serentak. Baru sahaja Tengku
Adam ingin berkata tapi tersentak apabila melihat Nureen yang jatuh di tepi
katil. Seraya dengan itu Tengku Adam terus mendapatkan Nureen lalu diletakkan
di atas katil. “Panasnya,” Tengku Adam menggumam apabila tangannya merasa haba
daripada badan Nureen. Nak buat apa ni? Tengku Adam mula hilang arah.
Cazlan memandang aneh melihat
Tengku Adam yang kalut mengisi air dalam besen bersama tuala kecil ditangan.
Ingin ditanya tapi dibiarkan. Dalam diam Cazlan tersenyum melihat kekalutan
Tengku Adam. Kata benci tapi sayang.
Gelas
ditangan dicampakkan ke lantai. Kelihatan seorang wanita sedang menahan amarah.
Misi dia gagal. Nureen berjaya elakkan diri daripada keretanya. “Bodoh!”
Berkali-kali dia menyumpah. Dia perlu rancangkan sesuatu. Tidak mungkin ingin
dilepaskan Nureen begitu saja. Adanya
duit yang ditinggalkan oleh Dato Halim dia boleh buat apa saja. Betul, dia cuma
perlu upah orang saja. Tiada apa yang susah pun kalau hendak berbuat jahat. Dia
tersenyum sendiri lantas ketawa yang penuh muslihat.
Sudah
lama rasanya Nureen tidak berjumpa dengan Tengku Adam. Tiba-tiba Nureen
terfikir sejenak. Betulkah Adam berada dibiliknya sewaktu dia demam hari tu?
Bila ditanya abang Cazlan hanya mengangkat bahu. Sudah lah, tak penting pun
yang penting misi epalku. Yeah!
Nureen berlari-lari anak ingin
mendapatkan Tengku Adam tapi terhenti bila terlihat Nadia sedang berbual mesra
dengan Tengku Adam. Siap bertepuk tampar bagai. Nureen terasa tercabar. Gunung
berapi mula meletus dalam dirinya segera dia mendapatkan meraka berdua.
“Eh, kau buat apa dekat sini dengan
Adam? Jangan nak gatal sangat boleh tak, kau kan tahu aku dengan Adam bercinta?”
Berani sungguh Nureen memberi kenyataan. Namun kenyataan itu disambut dengan
senyuman sinis daripada Tengku Adam.
“Wahai
cik Nureen Cazlin bt Murad, dengar sini baik-baik. Siapa cakap yang kita berdua
bercinta? Aku tak pernah pun akui perkara tu. Satu lagi, jangan pernah muncul
depan aku lagi. Aku tak suka, faham!”
“Nanti!” Nureen memberikan epal
hijau yang dibalut dengan pembalut plastik yang lutsinar kepada Tengku Adam
lantas berlalu meninggalkan mereka berdua. Nureen sempat menangkap senyuman
kemenangan yang terukir di bibir Nadia. Tanpa sedar ada mata yang memandang.
I’m sorry. I want to see you this
evening at art’s studio, 6pm. I’ll be waiting for you.
Tengku
Adam…
Surat
yang terselit dalam begnya di baca buat kali keempat. Dia tidak percaya Tengku
Adam sempat menyelitkan nota dalam begnya. Hatinya berbunga lagi. Peluang
jangan disia-sia. Kata-kata Mak Longnya dipegang. “Abang Caz, Reen nak keluar
kejap jumpa Adam. Bye!”
Cazlan hanya mengangguk memandangkan
makanan memenuhi mulutnya. Kemudian, dia teringatkan sesuatu dengan pantas dia
mendapatkan telefonnya dan mendail nombor Tengku Adam.
“Weh Adam, apa kau buat dengan adik
aku pagi tadi hah?”
“Aku buat apa? Call je terus marah
aku ni kenapa?”
“Aku nak tahu kenapa kau buat adik
aku a.k.a tunang kau macam tu? Kau marah-marah dia tadi ingat aku tak nampak
ke?” serang Cazlan dengan soalan.
“Dia yang mengada cakap kitorang
bercinta. Si Nur tu perasan lebih. Aku tak suka dia lah, dari dulu sampailah
sekarang. Takkan kau tak faham-faham lagi kut? Aku dah penat la. Kau tak
bagitahu dekat Nur ke yang aku ni Am?” Cazlan terdiam. Memang dia belum
beritahu tapi… Dia mula teringatkan sesuatu.
“Weh, bukan ke kau nak jumpa Nureen
sekarang ni?”
“Taklah, gila aku nak jumpa dia.”
Tengku Adam sudah tidak senang duduk.
“Masalahnya dia cakap nak jumpa kau
and aku terjumpa note yang kau bagi dekat dia cakap nak jumpa kat studio pukul
6. Kau jangan nak main-mainkan adik aku,” tuduh Cazlan.
“Aku tak pernah pun bagi note dekat
dia unless… Oh, shit!” Tengku Adam teringatkan sesuatu. Dia pernah mendengar
ugutan Nadia, tak mungkin Nadia betul-betul berniat. Segera dimatikan
perbualannya dengan Cazlan dia harus cepat sebelum Nadia memulakan sesuatu yang
sukar dijangka.
Nureen
memandang sekelilingnya, gelap! Nureen terlupa barangkali bahawa pelajar tidak
dibenarkan menggunakan studio bermula jam 6 petang hingga 8.30 malam. Peluang ini
diambil oleh Nadia sebaiknya. Dia sudah lama nantikan pembalasan tersebut.
Perlahan-lahan Nureen menuju ke suis
lampu. Belum sempat dia menekan suis dia merasakan kepalanya dihentak dengan
sesuatu lalu tidak sedarkan diri. Nadia tersenyum puas. Nadia menarik Nureen ke
suatu sudut dimana tiada orang perasan.
Tengku
Adam gelisah. Stereng keretanya dihentak berkali-kali. Dia beristighfar. Masih
lagi terngiang ditelinganya kata-kata Nadia bahawa dia akan lakukan apa sahaja
demi mendapatkan dirinya termasuk melakukan kegiatan jenayah. Arghh! Tengku
Adam berasa sangat kusut. Dia takkan maafkan dirinya jika berlaku apa-apa pada
Nureen.
Nureen membuka matanya perlahan. Terasa
sedikit silau dia kembali memejamkan matanya. Tapi mengingatkan perjumpaannya
dengan Tengku Adam dia membuka matanya seluas mungkin. “Adam!”
“Tengku Adam tak ada, tapi aku ada,”
kata Nadia diselang dengan ketawa yang dibuat-buat.
“Kau?? Apa yang kau nak daripada
aku? Mana Adam?”
“Adam? Kau ni buat lawak betul la. Surat
tu aku yang tulis. So now, here is no Adam but Nadia. Adam’s girlfriend to be!”
pekik Nadia sejurus menarik rambut Nureen membuatku Nureen terjerit. Nadia
kalut. Cepat-cepat dia mengambil botol di dalam begnya. Dia tersenyum.
“Aku tak tahu apa istimewanya kau
sampai si Adam tergila-gilakan kau. Mulai saat ni tiada lagi alasan untuk Adam
jatuh hati dekat kau. Tahu tak kenapa? Muka kau bakal buruk selamanya.” Sekali
lagi Nadia ketawa bagaikan dirasuk sambil membuka botol yang dipenuhi dengan
cecair asid. Nureen menggeleng-gelengkan kepala menangisi keadaannya. “Am
tolong Nur!!” jerit Nureen tanpa berfikir. Nadia bertambah geram tapi belum
sempat dia berbuat apa dia berasa tangannya ditarik ke belakang. Seorang pengawal
keselamatan mencengkam tangannya daripada melakukan sesuatu. Terkejut Nadia
bila ternampak kelibat Tengku Adam yang bengis. Kalau diikutkan hati, ingin
sahaja Tengku Adam menghadiah penampar dekat Nadia. Namun, hasratnya terhenti
bila melihat Nureen yang teresak-esak di penjuru studio.
“Shh… Dah, jangan menangis. Am kan
dah sampai ni.” Tengku Adam cuba memujuk dan tenangkan Nureen.
“A..Am… Kenapa lambat? Nur takut.”
Tengku Adam berasa simpati. Dia membawa Nureen keluar daripada studio tersebut.
Dia bersyukur Nadia tidak sempat mengapa-apakan Nureen. Tiba-tiba dia teringat
sesuatu kenapa Nureen asyik memanggil dirinya Am? Apakah Nureen sudah tahu?
“Am kan dah sampai ni. Erk… Nureen.
Macam mana Nureen tahu yang Adam ni Am?” Nureen tersenyum. “Alaa, ingat Nureen
tak dengar ke perbualan Am dengan abang Caz. Bercakap macam korang duduk sebatu
tahu tak?” jelas Nureen sambil tertawa kecil.
“Oo, jadi Nureen dah lama la tahu
ye? Buat penat je menipu. Erm, Nur maafkan Am kalau selama ni Am menyakitkan
hati Nur. I’m really sorry dear.” Tengku Adam menundukkan kepalanya. Malu dengan
Nureen. Nureen sekadar senyum.
“Tak ada apa-apa la. Nureen dah lama
sukakan Am. Am tak sukakan Nureen ke?”
“Mestilah suka! Opss…” Nureen ketawa
gembira mendengar kenyataan Tengku Adam. Tengku Adam menggaru-garu kepalanya. “Macam
mana boleh terlepas pulak ni?” bisiknya.
“ Dengar baik-baik, saya takkan
ulangi lagi ayat ni. Am sukakan Nureen sejak kita terlanggar hari tu. Bukan
sejak kecil, ada faham?” jelas Tengku Adam.
“Yalah, tapi Nureen sukakan Am sejak
kecil lagi. Tapi, tak kisahlah asalkan Am sukakan Nureen. Yay!” Nureen sudah
terlompat-lompat gembira. Cazlan yang melihat dari jauh hanya tersenyum. “Alahai,
Nureen.”
Subscribe to:
Posts (Atom)